Friday, July 6, 2018

EUREKA #UM2018: Expo on University Research Invention, Creation & Innovation


Sebagai tuan rumah untuk Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) peringkat UA kali ke-14 pada tahun 2018, Universiti Malaya (UM) telah mengambil inisiatif bagi menjayakan mandat yang diberi pada Majlis Penutup Konvensyen KIK kali ke-13 di Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dengan menawarkan konsep yang baru  dalam menganjurkan Konvensyen KIK di peringkat Universiti Awam (UA). Pada tahun ini, UM menggabungkan pembentangan dan pameran yang melibatkan projek penyelidikan dan inovasi, kreativiti dan pengalaman baru di dalam satu konvensyen yang dinamakan sebagai EUREKA #UM2018.


Penganjuran EUREKA #UM2018 terdiri daripada dua (2) kategori utama iaitu Konvensyen KIK dan International Research Innovation, Invention Solution Exposition (i-RIISE). Penyertaan KIK adalah khas kepada penyertaan dari Universiti Awam, manakala penyertaan i-RIISE adalah terbuka kepada semua institusi pengajian termasuk Sekolah (Menengah & Rendah), Institusi Pengajian Tinggi (Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Latihan Perindustrian dan lain-lain) serta terbuka untuk semua Universiti (Awam & Swasta).
 

 Objektif utama penganjuran EUREKA #UM2018 adalah:

  • Menggalakkan dan mencungkil cetusan idea baharu dalam rekabentuk dan inovasi;
  • Menerapkan kreativiti di dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan;
  • Menggalakkan persaingan sihat menerusi inovasi, sains dan teknologi;
  • Menjadi platform untuk berkongsi amalan terbaik dan berkesan yang boleh diambil dalam pengurusan dan pentadbiran;
  • Sebagai pemangkin kepada generasi baru dalam penyelidikan, inovasi dan daya cipta unggul; dan
  • Meningkatkan keterlihatan (visibility) dan penjenamaan Universiti Malaya sebagai peneraju dalam bidang penyelidikan, inovasi dan pendidikan tinggi yang berkualiti sesuai dengan imej universiti penyelidikan yang dipegang.

    Brosur Eureka #UM2018

    LATAR BELAKANG

    Penganjuran Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Universiti Awam diteruskan lagi buat kali ke-14 pada tahun 2018 dengan mendukung aspirasi dan harapan agar konvensyen ini dapat menjadi arena domain bagi berkongsi idea-idea dan amalan-amalan terbaik dalam meningkatkan kualiti dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan universiti awam. Bermula pada tahun 2004, pelaksanaan KIK di peringkat universiti awam dirintiskan menerusi persetujuan Jawatankuasa Latihan Universiti Malaysia (JALUMA) sebagai satu mekanisme pengurusan untuk menyuburkan budaya kerja berkualiti.

    Siri Konvensyen KIK peringkat Universiti Awam (UA)

    LATIHAN PERSEMBAHAN




    PEMBENTANGAN KUMPULAN


    MAJLIS PENUTUP

    sumber
    https://eureka.um.edu.my/

     

     


No comments:

Post a Comment