Thursday, September 28, 2017

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) UiTM PERINGKAT ZON TIMUR 2017



Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) selaku sekretariat Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UiTM ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada UiTM Cawangan Pahang kerana kecemerlangan penganjuran Konvensyen KIK UiTM Zon Timur pada 27 September 2017 yang lalu dengan tema ‘Teknologi Inovatif Pemangkin Kelestarian Sejagat’.

Sebanyak 6 penyertaan telah diterima untuk dipertandingkan di Konvensyen KIK UiTM Zon Timur, di mana kumpulan tersebut adalah CIV-TEX, I-COP dan TITANIUM mewakili UiTM Cawangan Pahang, manakala kumpulan E-XCELL dan IM-VATIVE mewakili UiTM Cawangan Kelantan dan kumpulan FBM EASTCOAST mewakili UiTM Cawangan Terengganu.

Pihak InQKA juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada UiTM Cawangan Pahang: Rektor – YBhg. Prof. Dr. Mohd Nazip Suratman, Timbalan Rektor HEA – YBhg. Dr. Halil Paino, Timbalan Rektor HEP – YBhg Dr. Fauzi Azmi, Penolong Rektor Kampus Raub – YBhg. Dr. Khairi Khalid, Timbalan Pendaftar - Encik Mohd. Ehsan Amin, Timbalan Bendahari – Puan Zabedah Abd Karim, Ketua Unit Kualiti Pahang – Encik Mohd Norafizal Abd. Aziz, Ketua Unit Kualiti Kelantan - Dr. Ruslaina Yusoff , serta juri Prof. Madya Dr. Thuraiya Mohd (ketua Juri), Encik Shamsol Shafie dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penganjuran Konvensyen KIK UiTM Zon Timur .


Berikut merupakan keputusan Konvensyen KIK UiTM Peringkat Zon Timur 2017. TAHNIAH & SYABAS diucapkan kepada kumpulan yang berjaya. Untuk kumpulan yang kurang berjaya, teruskan usaha anda dalam mempergiatkan inovasi di tempat kerja. InQKA berharap agar kumpulan-kumpulan IK ini akan terus bersemangat menambahbaik inovasi yang dicipta agar dapat dimanfaatkan bukan sahaja kepada UiTM bahkan kepada organisasi luar.

SENARAI PEMENANG KONVENSYEN KIK UiTM ZON TIMUR 2017


SENARAI PEMENANG MENGIKUT PINGAT

Sekitar perjalanan Konvensyen KIK UiTM Peringkat Zon:







https://www.pahang.uitm.edu.my/v2/index.php/en/anjung
Dr. Nik Azlin bt. Nik Ariffin
Ketua Inovasi & Kreatif,
Institut Kualiti & Pengembangan Ilmu (InQKA)
Universiti Teknologi MARA

Email : azlin_ariffin@salam.uitm.edu.my

No comments:

Post a Comment