Tuesday, April 15, 2014

Tahniah Kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UiTM

Alhamdulillah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat IPTA Kali Ke-10  telah melabuhkan tirai pada 10 April 2014 di  Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak.

Sukacita dimaklumkan bahawa UiTM telah memenangi tiga (3) anugerah iaitu :
Anugerah Fasilitator  Terbaik : Usataz Husaini Ab Razak
Tempat Ketiga Kategori Pengurusan : I-SAF (UiTM Kelantan)
Tempat Ketiga Kategori Teknikal : STRIVE (UiTM Pahang)


 KUMPULAN I-SAF
KUMPULAN STRIVE

KUMPULAN STRIVE DAN I-SAF YANG MEWAKILI UiTM








Monday, April 7, 2014

KONVENSYEN Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kali ke-10


KONVENSYEN Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kali ke-10 akan dilaksanakan buat julung kalinya di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 8 hingga 10 April 2014 ini.

Susulan dari itu, satu mesyuarat Jawatankuasa Induk Konvensyen KIK Peringkat IPTA Bil.1 2013/2014 yang dihadiri oleh wakil-wakil IPTA telah diadakan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Kualiti UNIMAS, Prof Madya Dr Mohd Ibrahim Safawi Mohd Zain pada 8 November 2013 yang lalu bertempat di Hotel Riverside Majestic, Kuching.

Prof Madya Dr Mohd Ibrahim Safawi ketika mengalu-alukan wakil-wakil IPTA dalam mesyuarat berkenaan, turut mengucapkan terima kasih kepada semua IPTA yang memberi kepercayaan kepada UNIMAS untuk menganjurkan Konvensyen KIK kali ke-10.

“Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) kerana telah menjadi penganjur kepada Konvenyen KIK Ke-9 yang lalu dengan beberapa penambahbaikan. Kepada pemenang-pemenang sebelum ini, tingkatkan prestasi dan cuba kekalkan kejuaraan. Bagi yang belum menang, mungkin rezeki kumpulan IPTA anda di Bumi Kenyalang."

“Kita mengharapkan penyertaan penuh daripada 20 IPTA di Malaysia. Kita akan bersama-sama menjayakan Konvensyen kali ini dan UNIMAS akan cuba melakukan usaha terbaik agar semua IPTA berpuas hati dan selesa,” katanya. Orang awam, badan berkanun dan organisasi selain IPTA yang berminat sebagai pemerhati adalah dialu-alukan mendaftar dengan sedikit bayaran yuran. Inilah masanya kita melihat kelainan yang dipersembahkan oleh kumpulan Institusi Pengajian Tinggi Awam yang julung kalinya bertandang di Bumi Kenyalang dengan mempersembahkan projek masing-masing."

Prof Madya Dr Mohd Ibrahim Safawi berkata, dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk yang lalu telah bersetuju untuk setiap IPTA boleh menghantar maksimum 4 kumpulan iaitu 2 daripada kategori Pengurusan dan 2 lagi daripada kategori Teknikal. Sebarang urusan penyertaan kali ini hendaklah menerusi sistem atas talian. Ini merupakan satu inisiatif daripada pihak penganjur yang mengamalkan konsep ‘paperless’ sebagai salah satu agenda dalam UNIMAS Strategy 2015.

Kumpulan Inovatif dan Kreatif adalah salah satu pendekatan kualiti yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah di tempat kerja. Ianya adalah gabungan beberapa orang staf yang menilai sesuatu permasalahan secara sistematik dengan menggunakan alat-alat KIK sedia ada. Pemilihan UNIMAS sebagai tuan rumah penganjuran KIK IPTA kali ke-10 adalah hasil daripada mesyuarat Pendaftar IPTA.

Sebarang pertanyaan atau maklumbalas berkenaan dengan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) boleh berhubung dengan pihak Urus Setia, Pusat Perancangan Strategik & Pengurusan Kualiti UNIMAS di talian 082-581901/1218 atau melayari laman sesawang http://www.unimas.my/kik