Friday, October 3, 2014

Senarai Finalis Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)  ke Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2014


Berikut adalah senarai Finalis Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)  ke Konvensyen KIK Peringkat UiTM yang akan berlangsung pada 20-22 Oktober 2014 di A` FAMOSA MELAKA. Keputusan pihak Jawatankuasa pemilihan adalah MUKTAMAD.

Untuk makluman, tarikh ini tidak dapat diubah kerana semua tempahan telah dibuat pada tarikh tersebut. Mohon maaf di atas segala kesulitan.

Sekiranya pihak tuan/puan menerima pelawaan ke Konvensyen KIK ini, pihak tuan/puan adalah diminta untuk mengesahkan penyertaan (bagi peserta selain Zon Tengah) dengan melayari http://portalkik.uitm.edu.my/ dan mendaftarkan maklumat yang diperlukan. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan teknikal , sila hubungi  PUAN SITI NOR JUHIRNIZA di talian  03 - 5522 5574 atau juhirniza@salam.uitm.edu.my.

Tarikh-tarikh penting dan maklumat-maklumat lain (penginapan/pemerhati) akan dimaklumkan oleh pihak Penganjur (UiTM Melaka) dari masa ke semasa di talian Dr Nasreen Miza Hilmy bt Nasrijal 06 - 5582119.

SELAMAT MAJU JAYA dan JUMPA di A` FAMOSA MELAKA












Follow us

Tuesday, September 30, 2014

Keputusan KIK Peringkat Zon Tengah 2014


Hadiah Utama
Johan          : P-TECH (Pejabat Teknologi Maklumat)
Naib Johan  : PROSERVE (Pejabat Teknologi Maklumat)
Ketiga         : ASD Team (Pejabat Pengurusan Fasiliti)


Anugerah Khas :
  • Anugerah Inovasi Proses : IMPAK, Institut Latihan UiTM
  • Anugerah Inovasi ICT: P-TECH (Pejabat Teknologi Maklumat)
  • Anugerah Inovasi Teknikal: AQUA MUTLAQ - (Fakulti Kejuruteraan Awam)
  • Anugerah Inovasi Kaedah Pengajaran & Pembelajaran: Tiada Pemenang
  • Anugerah Penjimatan Kos Sebenar Terbaik: FANTASTIC - Pusat Kesihat
  • Anugerah Kumpulan Baru Berpotensi Terbaik - VI WRES (Fakulti Kejuruteraan Awam)
  • Anugerah Fasilitator Terbaik : En Safari Mohd Nordin
  • Anugerah Dokumentasi Terbaik: BARA - Pejabat Pendaftar
  • Anugerah Persembahan Kumpulan Terbaik: P-TECH (Pejabat Teknologi Maklumat)
  • Anugerah Poster Terbaik: P-TECH (Pejabat Teknologi Maklumat)
Anugerah Penarafan:

1.     ASD TEAM          Emas
2.     BARA                 Emas
3.     FANTASTIC         Emas
4.     IMPAK                Emas
5.     PROSERVE          Emas
6.     P-TECH               Emas
7.     Q-COP                Emas
8.     AQUA MUTLAQ    Perak
9.     IGS PLATINUM    Perak
10.   iKE                     Perak
11.   NAME                 Perak
12.   VI WRES             Perak


Nota:
Keputusan Jemaah Panel Penilai Konvensyen terhadap penilaian projek KIK dan persembahan kumpulan adalah MUKTAMAD.
Maklumat keputusan pada laman ini akan dimaklumkan dan dikemaskini selepas 30 September 2014.



Monday, September 29, 2014

Sunday, September 28, 2014

ROADSHOW sepanjang program Konvensyen KIK Zon Tengah



Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Teknologi Maklumat akan menganjurkan Konvensyen KIK Zon Tengah pada 29 & 30 September bertempat di Anjung Sri Budiman ( Dewan Annex )

Semua warga UiTM Shah Alam dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut, Terdapat acara menarik yang menanti anda sepanjang program berlangsung.

INTEL juga akan mengadakan ROADSHOW sepanjang program KIK tersebut. Pelbagai promosi menarik dari INTEL dapat diperolehi dari pameran tersebut.





Follow us


Tuesday, August 26, 2014

Mini Konvensyen KIK 2014 Peringkat Zon Tengah










Buat julung kalinya Pejabat Teknologi Maklumat (PTM) telah dipilih menjadi tuan rumah bagi Mini Konvensyen KIK 2014 Peringkat Zon Tengah yang akan berlangsung pada 29 dan 30 September 2014 bertempat di Anjung Sri Budiman (Dewan Annex) UiTM Shah Alam. 

Warga UiTM khususnya di Kampus Induk UiTM Shah Alam, UiTM Puncak Alam, UiTM Puncak Perdana, UiTM Selayang, UiTM Sungai Buloh dan UiTM Kampus Seksyen 17 dijemput hadir sebagai peserta, pemerhati atau individu yang berminat untuk mengetahui tentang pelaksanaan KIK di UiTM.
Maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Mini Konvensyen KIK 2014 Peringkat Zon Tengah. 
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi :-
En Zamani Umar Husin -  No. Tel: 03-55442558 | email: zamanium@salam.uitm.edu.my



Follow us

Friday, July 25, 2014

Hebahan Tarikh Pengajuran Mini Konvensyen KIK Peringkat Zon 2014

Mini Konvensyen Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) bagi Peringkat Zon adalah seperti ketetapan berikut : - 

Zon

PTJ Penganjur

KUPK / Penyelaras KIK

Jangkaan Tarikh

Utara

UiTM Perlis
    · Puan Ismalaili Ismail · Encik Zulkifli Aswan

17 - 18 September 2014

Selatan

UiTM Negeri Sembilan
    · Dr Rafidah Kamarudin · Encik Ahmad Zubir

23 - 25 September 2014

Tengah

INFOTECH
    · Encik Zamani Umar Husin

29 - 30 September 2014

Timur

UiTM Pahang
    · Puan Hajah Sa'diah Sahat · Encik Nik Hazlan

25 - 27 Ogos 



Follow us

Tuesday, April 15, 2014

Tahniah Kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UiTM

Alhamdulillah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat IPTA Kali Ke-10  telah melabuhkan tirai pada 10 April 2014 di  Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak.

Sukacita dimaklumkan bahawa UiTM telah memenangi tiga (3) anugerah iaitu :
Anugerah Fasilitator  Terbaik : Usataz Husaini Ab Razak
Tempat Ketiga Kategori Pengurusan : I-SAF (UiTM Kelantan)
Tempat Ketiga Kategori Teknikal : STRIVE (UiTM Pahang)


 KUMPULAN I-SAF
KUMPULAN STRIVE

KUMPULAN STRIVE DAN I-SAF YANG MEWAKILI UiTM








Monday, April 7, 2014

KONVENSYEN Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kali ke-10


KONVENSYEN Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kali ke-10 akan dilaksanakan buat julung kalinya di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 8 hingga 10 April 2014 ini.

Susulan dari itu, satu mesyuarat Jawatankuasa Induk Konvensyen KIK Peringkat IPTA Bil.1 2013/2014 yang dihadiri oleh wakil-wakil IPTA telah diadakan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Kualiti UNIMAS, Prof Madya Dr Mohd Ibrahim Safawi Mohd Zain pada 8 November 2013 yang lalu bertempat di Hotel Riverside Majestic, Kuching.

Prof Madya Dr Mohd Ibrahim Safawi ketika mengalu-alukan wakil-wakil IPTA dalam mesyuarat berkenaan, turut mengucapkan terima kasih kepada semua IPTA yang memberi kepercayaan kepada UNIMAS untuk menganjurkan Konvensyen KIK kali ke-10.

“Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) kerana telah menjadi penganjur kepada Konvenyen KIK Ke-9 yang lalu dengan beberapa penambahbaikan. Kepada pemenang-pemenang sebelum ini, tingkatkan prestasi dan cuba kekalkan kejuaraan. Bagi yang belum menang, mungkin rezeki kumpulan IPTA anda di Bumi Kenyalang."

“Kita mengharapkan penyertaan penuh daripada 20 IPTA di Malaysia. Kita akan bersama-sama menjayakan Konvensyen kali ini dan UNIMAS akan cuba melakukan usaha terbaik agar semua IPTA berpuas hati dan selesa,” katanya. Orang awam, badan berkanun dan organisasi selain IPTA yang berminat sebagai pemerhati adalah dialu-alukan mendaftar dengan sedikit bayaran yuran. Inilah masanya kita melihat kelainan yang dipersembahkan oleh kumpulan Institusi Pengajian Tinggi Awam yang julung kalinya bertandang di Bumi Kenyalang dengan mempersembahkan projek masing-masing."

Prof Madya Dr Mohd Ibrahim Safawi berkata, dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk yang lalu telah bersetuju untuk setiap IPTA boleh menghantar maksimum 4 kumpulan iaitu 2 daripada kategori Pengurusan dan 2 lagi daripada kategori Teknikal. Sebarang urusan penyertaan kali ini hendaklah menerusi sistem atas talian. Ini merupakan satu inisiatif daripada pihak penganjur yang mengamalkan konsep ‘paperless’ sebagai salah satu agenda dalam UNIMAS Strategy 2015.

Kumpulan Inovatif dan Kreatif adalah salah satu pendekatan kualiti yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah di tempat kerja. Ianya adalah gabungan beberapa orang staf yang menilai sesuatu permasalahan secara sistematik dengan menggunakan alat-alat KIK sedia ada. Pemilihan UNIMAS sebagai tuan rumah penganjuran KIK IPTA kali ke-10 adalah hasil daripada mesyuarat Pendaftar IPTA.

Sebarang pertanyaan atau maklumbalas berkenaan dengan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) boleh berhubung dengan pihak Urus Setia, Pusat Perancangan Strategik & Pengurusan Kualiti UNIMAS di talian 082-581901/1218 atau melayari laman sesawang http://www.unimas.my/kik