Friday, November 1, 2013

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UiTM Kali Ke-18


Selaras dengan usaha kerajaan, UiTM sentiasa memberi perhatian terhadap usaha-usaha memperkenalkan inovasi dan membuat penambahbaikan terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan.

Sesuai dengan keperluan semasa dan perubahan di dalam dan luar negara, kerajaan telah mengkaji semula peranan dan kaedah yang digunakan oleh Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) dalam penyelesaian masalah organisasi. Ia bertujuan untuk menggalakkan budaya inovatif dan kreatif serta memberi peluang kepada anggota Perkhidmatan Awam untuk menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri. Justeru, KMK telah ditukar nama kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).


 Penganjuran Konvensyen KIK UiTM menjadi acara tahunan universiti. Pada tahun ini, UiTM (Perak) buat julung kalinya telah dipilih menjadi tuan rumah bagi Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif kali ke -18..

Tarikh : 2 hingga 5 Disember 2013 (Isnin hingga Khamis)
Tempat: Dewan Seri Iskandar, UiTM (Perak) , Dewan Al - Khawarizmi, UiTM (Perak)

Unit Pengurusan Kualiti
Universiti Teknologi MARA (Perak)
32610 Bandar Baru Seri Iskandar, Perak
Email  : kikuitm18prk@perak.uitm.edu.my
Phone : +605 - 374 2668 / 2665  (Office)
Fax       : +605 - 374 2451

http://perak.uitm.edu.my/kikuitm18/

http://inqka.uitm.edu.my/v1/images/stories/KIK/2013/laporan_penganjuran_kik_uitm_ke18_translatednew.pdf

Wednesday, October 30, 2013

MINI KONVENSYEN KIK PERINGKAT ZON TENGAH & ZON SELATAN UiTM 2013




Mini Konvensyen KIK Peringkat Zon Tengah & Zon Selatan Universiti Teknologi MARA 2013 anjuran Pejabat Pengurusan Fasiliti akan  diadakan pada:

Tarikh  :       31 Oktober 2013 - 1 November 2013 (Khamis & Jumaat)
Tempat:       Anjung Budiman, UiTM Shah Alam



1. Borang Penyertaan  & Abstrak Projek  :
Pengesahan  penyertaan  KUMPULAN KIK JABATAN  hendaklah dikemukakan  dibuat pada  atau sebelum  04 Oktober 2013 (Jumaat). Penyertaan kumpulan hendaklah dibuat  dengan  mengisi   Borang  Penyertaan  Konvensyen KIK beserta dengan pengesahan Ketua Jabatan. Hantar bersama abstrak Projek.

2. Dokumen Projek Kumpulan
Penghantaran  dokumen projek iaitu dalam bentuk buku sebanyak empat salinan (04) hendaklah di buat pada 25 Oktober 2013 (Jumaat).

Jawatankuasa  Pertandingan Dan Penghakiman
Mini Konvensyen KIK Peringkat Zon Tengah UiTM
Pejabat Pengurusan Fasiliti
Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor
(u.p    :Sr. Mohd Hanafi Moghni , Puan Norazizah Abdullah)
Tel     : 03 5544 2115 , 03 5544 3419
Emel   :  hanafi564@salam.uitm.edu.my , norazizah680@salam.uitm.edu.my

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi :-
Urusetia Pertandingan : Pn Norazizah Abdullah : ext:3419


https://www.facebook.com/kik.uitm
https://plus.google.com/110924101425701310596

 

Monday, October 28, 2013

Team ADAM representing UiTM to International ICQCC 2013 KIK Convention Taipei, Taiwan



What – International ICQCC 2013 KIK Convention

Where –Taipei International Convention Center TICC ,Taiwan

Who – Team ADAM from UiTM (Perlis) - representing UiTM and Malaysia

When – 21 to 25 October 2013

Why – Team ADAM was one of the winners of MPC 2012 KIK Convention

How –  Team ADAM was awarded one of the 10 best teams in the MPC 2012 KIK Convention; qualifying them to the International ICQCC 2013 KIK Convention,Taiwan

Result: Team ADAM won the Excellence Award , the highest accolade in the 2013 ICQCC Convention