Friday, September 29, 2017

JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI MINI KONVENSYEN KIK ZON TENGAH TAHUN 2017


Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Mini Konvesyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Zon Tengah 2017. Acara ini akan berlangsung di Anjung Sri Budiman, UiTM Shah Alam pada 4 & 5 Oktober 2017.   
Oleh itu, kami mengalu-alukan penyertaan daripada semua PTJ, Jabatan dan Bahagian yang berpusat di Zon Tengah (UiTM Kampus Shah Alam, UiTM Kampus Puncak Alam, UiTM Kampus Puncak Perdana, UiTM Kampus Jalan Othman, UiTM Kampus Selayang, UiTM Kampus Sungai Buloh, dan UiTM Kampus Seksyen 17). Tiada yuran penyertaan dikenakan.
Pertandingan ini juga terbuka kepada organisasi luar yang berpusat di Zon Tengah (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan negeri Selangor Darul Ehsan)
Yuran penyertaan untuk organisasi luar adalah sebanyak RM1000 sahaja untuk setiap kumpulan.
Antara anugerah yang dipertandingkan adalah:
•    Anugerah Inovasi ICT
•    Anugerah Inovasi Proses
•    Anugerah Inovasi Teknikal
•    Anugerah Inovasi Kaedah Pengajaran & Pembelajaran
•    Anugerah Penjimatan Kos Sebenar Terbaik
•    Anugerah Penjanaan Kos Sebenar Terbaik
•    Anugerah KIK Berpotensi
•    Anugerah Fasilitator Terbaik
•    Anugerah Dokumentasi Terbaik
•    Anugerah Persembahan Terbaik
Untuk penyertaan atau pertanyaan, sila hubungi Penyelaras KIK Fakulti Filem, Teater dan Animasi, En. Suhaimi Juhan di talian 010-4022285.
Untuk maklumat lanjut dan borang penyertaan, sila layari pautan https://inqka.uitm.edu.my/main/index.php/download/kik-documents



4 OKTOBER 2017 (RABU)
ANJUNG SRI BUDIMAN, UiTM SHAH ALAM
 
 
Folow us

https://plus.google.com/+KikUitm/posts
https://www.flickr.com/photos/kikuitm/
http://instagram.com/kikuitm
hastag
#kikuitmallstars #kikallstars #kikuitm2017  #kikuitm #kik  #inovasi #kreatif 


No comments:

Post a Comment