Friday, June 29, 2018

Konvensyen KIK 2018 Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat Zon Tengah




Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Shah Alam telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Mini Konvesyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Zon Tengah 2018. Acara ini akan berlangsung di ILD, UiTM, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan pada 3 Oktober 2018.

Oleh itu, dialu-alukan penyertaan daripada semua PTJ, Jabatan dan Bahagian yang berpusat di Zon Tengah (UiTM Kampus Shah Alam, UiTM Kampus Puncak Alam, UiTM Kampus Puncak Perdana, UiTM Kampus Jalan Othman, UiTM Kampus Selayang, UiTM Kampus Sungai Buloh, dan UiTM Kampus Seksyen 17).
Tiada yuran penyertaan dikenakan.
Pertandingan ini juga terbuka kepada organisasi luar yang berpusat di Zon Tengah (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan negeri Selangor Darul Ehsan). Yuran penyertaan untuk organisasi luar adalah sebanyak RM1000 sahaja untuk setiap kumpulan.
Antara hadiah dan kategori yang dipertandingkan adalah:
• Johan • Naib Johan • Ketiga • Anugerah Penjimatan Kos Sebenar Terbaik • Anugerah Penjanaan Kos Sebenar Terbaik • Anugerah KIK Berpotensi • Anugerah Fasilitator Terbaik • Anugerah Dokumentasi Terbaik • Anugerah Persembahan Terbaik

Untuk penyertaan atau pertanyaan, hubungi Puan Siti Nurulhuda Mohd Imran (Penyelaras KIK Fakulti Kejuruteraan Awam) di talian 012-7574347, Dr Hazrina Mansor (Timbalan Pengerusi KIK 1) di taliaan 013-2132627 atau Puan Nursafarina Ahmad (Ketua AJK Pendaftaran dan Jemputan) di taliaan 019-2715498.
Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan https://inqka.uitm.edu.my/main/index.php/excellence-awards/kumpulan-inovatif-dan-kreatif-kik/kik-horizon-baharu dan untuk borang penyertaan, sila layari pautan http://portalkik.uitm.edu.my/.


Syarat Pertandingan
1. Syarat-syarat penubuhan kumpulan KIK (https://inqka.uitm.edu.my/main/index.php/excellence-awards/kumpulan-inovatif-dan-kreatif-kik/mengenai-kik#syarat-syarat-penubuhan-kumpulan-kik)
2. Cara penubuhan KIK (https://inqka.uitm.edu.my/main/index.php/excellence-awards/kumpulan-inovatif-dan-kreatif-kik/mengenai-kik#cara-penubuhan-kumpulan-kik)
3. Syarat pendaftaran projek (https://inqka.uitm.edu.my/main/index.php/excellence-awards/kumpulan-inovatif-dan-kreatif-kik/mengenai-kik#syarat-pendaftaran-projek-kik)
4. Cara pendaftaran projek KIK (https://inqka.uitm.edu.my/main/index.php/excellence-awards/kumpulan-inovatif-dan-kreatif-kik/mengenai-kik#cara-pendaftaran-projek-kik)
5. Permohonan peruntukan kewangan (https://inqka.uitm.edu.my/main/index.php/excellence-awards/kumpulan-inovatif-dan-kreatif-kik/mengenai-kik#permohonan-peruntukan-kewangan)


Sila ‘Like‘ Facebook KIK di pautan: https://www.facebook.com/ Konvensyen-KIK-2018- 1702021633208993/







Nama Program: Majlis Pelancaran Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Peringkat Zon Tengah 2018
Tarikh: 29 Jun 2018
Masa: 8 pagi-12 tengahari
Tempat: Dewan Seminar OIA, UiTM Shah Alam

Sebuah majlis Pelancaran Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Zon Tengah 2018 telah diadakan pada hari Jumaat bertarikh 29 Jun 2018, di Dewan Seminar OIA, UiTM Shah Alam. Majlis ini telah dilancarkan oleh Ketua Unit Inovasi dan Kreativiti InQKA iaitu Dr. Nik Azlin Nik Ariffin mewakili pihak Penolong Naib Canselor, Professor, Dr. Hajah Roziah Mohd Janor. Majlis juga turut dihadiri oleh dekan dan penyelaras KIK fakulti yang terlibat dari UiTM Zon Tengah.




sumber :
https://news.uitm.edu.my/2018/07/31/konvensyen-kik-2018-kumpulan-inovatif-dan-kreatif-peringkat-zon-tengah-universiti-teknologi-mara-2018/


No comments:

Post a Comment