Wednesday, October 5, 2016

KEPUTUSAN KONVENSYEN KIK ZON SARAWAK 2016


Konvensyen KIK Zon Sarawak 2016 telah berjaya dianjurkan oleh UiTM Sarawak (Kampus Samarahan 1) pada 05 Oktober 2016 (Rabu) yang lalu bertempat di Dewan Kuliah 1, Blok C, Kampus Samarahan 1, UiTM Sarawak. Sebanyak 3 kumpulan telah bertanding pada konvensyen ini. Pihak InQKA mengucapkan sekalung tahniah kepada pihak penganjur dan para peserta yang telah berusaha menjayakan konvensyen ini.

Penolong Naib Canselor InQKA, Prof. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor turut hadir sebagai tanda sokongan terhadap KIK UiTM dan seterusnya merasmikan Konvensyen KIK Zon Sarawak ini. Penglibatan Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Prof. Madya Dr. Rosita Hj. Suhaimi selaku salah seorang fasilitator kumpulan IK dan akhirnya dinobatkan sebagai Fasilitator terbaik menunjukkan penglibatan dan tanda sokongan yang tinggi oleh pihak pengurusan kanan universiti. Tahniah sekali lagi diucapkan.


Pihak InQKA juga mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pemenang. Semoga KIK terus cemerlang dan menepati impian merealisasikan "Inovasi Pemangkin Kecemerlangan".


Berikut dilampirkan senarai pemenang dan gambar sekitar penganjuran konvensyen:














Yang benar,
Dr. Aida Firdaus Muhammad Nurul Azmi Ketua Inovasi dan Kreativiti


Folow us

https://plus.google.com/+KikUitm/posts
https://www.flickr.com/photos/kikuitm/
http://instagram.com/kikuitm

No comments:

Post a Comment