Thursday, October 20, 2016

KEPUTUSAN KONVENSYEN KIK PERINGKAT ZON UTARA 2016


 
Pada 18 - 19 Oktober 2016 yang lalu, Konvensyen KIK peringkat Zon Utara telah berjaya dianjurkan oleh UiTM Pulau Pinang. Sebanyak 13 kumpulan IK telah berentap di konvensyen tersebut yang mana 2 Kumpulan daripada UiTM Perlis, 3 Kumpulan daripada UiTM Perak, 3 Kumpulan daripada UiTM Kedah dan 5 Kumpulan daripada UiTM Pulau Pinang. Jumlah penyertaan ini amat memberansangkan dan diharap dapat ditingkatkan lagi pada tahun-tahun mendatang.

Pihak InQKA mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur yang telah berjaya menganjurkan program dengan jayanya. Kehadiran Rektor UiTM Pulau Pinang dan UiTM Kedah dengan diiringi Timbalan-timbalan Rektor, Timbalan-timbalan Pendaftar Kanan, Ketua-Ketua Unit Pengurusan Kualiti dan penyelaras-penyelaras KIK setiap kampus menunjukkan sokongan yang kuat terhadap pembudayaan inovasi dan ini menunjukkan perkembangan yang positif bagi KIK di UiTM terutamanya Zon Utara.


Pihak InQKA juga mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pemenang. Semoga KIK terus cemerlang dan menepati impian merealisasikan "Inovasi Pemangkin Kecemerlangan".












Sekian, terima kasih.
Yang benar,
DR AIDA FIRDAUS BT MUHAMMAD NURUL AZMI Ketua Inovasi dan Kreativiti (KIK)


Folow us
https://plus.google.com/+KikUitm/posts
https://www.flickr.com/photos/kikuitm/
http://instagram.com/kikuitm

No comments:

Post a Comment