Sunday, November 16, 2025

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) PERINGKAT UiTM 2025

 



Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains Kesihatan, dengan kerjasama Institut Kualiti & Pengembangan Ilmu (InQKA) akan menganjurkan:

🎯 Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat UITM 2025
📅 Tarikh: 25 – 27 November 2025 (Selasa – Khamis)
🕗 Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat: DK500, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam

💡 Dengan bertemakan “Ledakan Kreativiti,” pada tahun ini,  sebanyak 20 kumpulan terbaik UiTM yang akan berentap mempersembahkan hasil inovasi dan kreativiti mereka dalam memperkukuhkan budaya kualiti, inovasi serta kecemerlangan organisasi.

📺 Siaran Langsung Majlis Penutup:
YouTube Live – Fakulti Sains Kesihatan UiTM

Sehubungan dengan itu, semua warga UiTM dijemput hadir bagi memeriahkan konvensyen ini.

Kehadiran dan sokongan tuan/puan amat kami hargai dalam menjayakan penganjuran Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2025.

Sekian, terima kasih.

UNIT KUALITI
FAKULTI SAINS KESIHATAN

Friday, November 7, 2025

Tahniah kepada Kumpulan Patho-Heroes Gold Award ICQCC 2025 Taipei Taiwan

 


Tahniah kepada Kumpulan Patho-Heroes dari Jabatan Makmal Diagnostik Klinikal, Hospital Al-Sultan Abdullah yang mewakili Universiti Teknologi MARA (UiTM) atas kejayaan merangkul Gold Award di 50th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2025, pada 3 hingga 6 November 2025 di Taipei International Convention Centre (TICC), Taiwan.
Globally Renowned, Locally Rooted اوسها تقوى موليا
#UiTM #UiTMDiHatiku