Wednesday, August 21, 2019

UiTM Gondol Juara dalam KIK Peringkat Universiti Awam Kali Ke-15 Tahun 2019

 



Pada 20-21 Ogos 2019 telah berlangsung Konvensyen Kumpulan Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK), Peringkat Universiti Awam Kali Ke-15 Tahun 2019 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka  (UTeM) yang turut disertai oleh 35 Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dari 18 Universiti Awam Malaysia.

Terdapat 2 kategori projek yang dipertandingkan iaitu Kategori Pengurusan dan Kategori Teknikal. Sebanyak 17 kategori pertandingan dan hadiah yang dipertandingkan.

Konvensyen ini telah mencungkil idea rekabentuk dan inovasi di kalangan kakitangan Universiti Awam (UA) dan menjadikan kakitangan UA kreatif dan menyumbangkan hasil kreatif mereka dengan menerapkan idea dalam sistem yang berfungsi atau produk untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam aktiviti latihan.

Selain itu, ianya juga m
erangkumkan segala ilmu pengetahuan dan cetusan idea baharu bagi menghasilkan inovasi daya cipta unggul dengan memupuk nilai-nilai pengurusan berkesan, serta menggalakkan persaingan yang sihat melalui inovasi, sains dan teknologi dan dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi dalam amalan pengurusan berkesan dan mencari kaedah penyelesaian yang boleh diambil.

Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menggondol Johan Keseluruhan Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat Universiti Awam Kali Ke-15 Tahun 2019 melalui Kumpulan Rising Stars, Akademi Pengajian Bahasa UiTM Shah Alam (APB, UiTM Shah Alam) dengan produk inovasi ‘game board‘ Bahasa Inggeris yang dinamakan ‘Figure It Out‘. Dengan kemenangan ini mereka menerima piala pusingan dan sijil penghargaan.

Menurut Ketua Kumpulan Rising Stars, Dr Nalini Arumugam ‘Game board‘ ini telah dibangunkan untuk memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar Universiti.

Kegembiraan berganda ‘Rising Stars’ diperolehi dengan pencapaian Johan bagi Kategori Inovasi Pengurusan. Johan Kategori Pengurusan juga membawa balik piala, wang tunai RM6,000 dan sijil penarafan.

Ketua Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK), UiTM Dr. Nor Hanisah memaklumkan 3 Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) yang mewakili Universiti Teknologi MARA (UiTM) iaitu:

  • Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) BEAKER, UiTM Perlis;
  • Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) ACRe, UiTM Perak;
  • Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Rising Stars, Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam

Mereka telah menggondol pingat emas untuk inovasi produk masing-masing. Kejayaan ni adalah kejayaan julung kali sepanjang 15 penglibatan UiTM dlm pertandingan di peringkat Universiti Awam Malaysia.


No comments:

Post a Comment