Sunday, November 16, 2025

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) PERINGKAT UiTM 2025

 



Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains Kesihatan, dengan kerjasama Institut Kualiti & Pengembangan Ilmu (InQKA) akan menganjurkan:

🎯 Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat UITM 2025
📅 Tarikh: 25 – 27 November 2025 (Selasa – Khamis)
🕗 Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat: DK500, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam

💡 Dengan bertemakan “Ledakan Kreativiti,” pada tahun ini,  sebanyak 20 kumpulan terbaik UiTM yang akan berentap mempersembahkan hasil inovasi dan kreativiti mereka dalam memperkukuhkan budaya kualiti, inovasi serta kecemerlangan organisasi.

📺 Siaran Langsung Majlis Penutup:
YouTube Live – Fakulti Sains Kesihatan UiTM

Sehubungan dengan itu, semua warga UiTM dijemput hadir bagi memeriahkan konvensyen ini.

Kehadiran dan sokongan tuan/puan amat kami hargai dalam menjayakan penganjuran Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2025.

Sekian, terima kasih.

UNIT KUALITI
FAKULTI SAINS KESIHATAN

Friday, November 7, 2025

Tahniah kepada Kumpulan Patho-Heroes Gold Award ICQCC 2025 Taipei Taiwan

 


Tahniah kepada Kumpulan Patho-Heroes dari Jabatan Makmal Diagnostik Klinikal, Hospital Al-Sultan Abdullah yang mewakili Universiti Teknologi MARA (UiTM) atas kejayaan merangkul Gold Award di 50th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2025, pada 3 hingga 6 November 2025 di Taipei International Convention Centre (TICC), Taiwan.
Globally Renowned, Locally Rooted اوسها تقوى موليا
#UiTM #UiTMDiHatiku


Thursday, August 28, 2025

Tahniah kepada Finalis Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2025


 
Ucapan tahniah kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang telah berjaya ke Konvensyen KIK peringkat zon 2025.

#KIKUiTM2025