Wednesday, November 25, 2009

Juara Anugerah Inovasi Y.B Menteri Pengajian Tinggi 2009

Putrajaya, Selasa 24 November 2009 - Hari Inovasi Kementerian Pengajian Tinggi Tahun 2009 yang di rasmikan oleh Y.B. Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, selaku Menteri Pengajian Tinggi telah menobatkan Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi Maklumat (Kumpulan eWave) dari Perpustakaan Tun Abdul Razak sebagai Juara Keseluruhan Anugerah Y.B Menteri Pangajian Tinggi 2009 disamping menerima Anugerah Kategori Teknikal.
Terdapat 22 pencalonan dari seluruh IPTA dan UiTM melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMI) telah menghantar 5 pencalonan iaitu:
1. Pejabat Bendahari - Sistem Autopush/Autopull
2. Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi Maklumat (Kumpulan eWave) Perpustakaan Tun Abdul Razak - Self Charging Machine In Library
3. Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMI) - Halal Certification Information System (HCIS)
4. Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB) - Vendor Monitoring System (VMS)
5. Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMI) - School's Student Management System (SSMS)

Terdapat 5 kategori yang dipertandingkan dan berikut adalah keputusan Anugerah Inovasi KPT 2009 seperti berikut:

Bil
Anugerah

Agensi/Bahagian/Jabatan

Tajuk projek
1.
Juara Keseluruhan Inovasi
Y.B Menteri Pengajian Tinggi 2009

Jabatan Pengurusan Sistem Teknologi Maklumat
Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM

Self Charging Machine In Library
2.
Anugerah Kategori Teknikal

Jabatan Pengurusan Sistem Teknologi Maklumat
Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM

Self Charging Machine In Library
3.
Anugerah Kategori Pengurusan ICT & Sistem

Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB), UiTM

Vendor Monitoring System (VMS)
4.
Anugerah Kategori Pengurusan Am

Pejabat Pendaftar Universiti Putra Malaysia (UPM)

Sistem Pelaporan Intergrasi (SPIN)
5.
Anugerah Kategori Peralatan & Bahan

Institut Penyelidikan Perubatan
Molekul (INFORMM) Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia (USM)

Sistem Pengurusan Penggunaan Bahan Kimia (INFORMM Chemical Inventory Management System, ICIMS)
6.
Anugerah Kategori Pengajaran & Pembelajaran

Pusat pengajian Sains Kesihatan (PPSK),
Universiti Sains Malaysia (USM)

Pengurusan Masa Peperiksaan Amali (Sistem V-Time)


Syabas dan tahniah kepada Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi Maklumat (JPSTM PTAR) kerana telah berjaya memenangi Anugerah Inovasi Y.B Menteri pengajian Tinggi 2009 yang pertama kali di pertandingkan. Semoga kemenangan tersebut menjadi pendorong dan semangat kepada semua dalam membudayakan elemen inovasi dalam setiap Jabatan/Bahagian.

 







No comments:

Post a Comment