Pada 25 Oktober 2016 yang lalu, Konvensyen
KIK peringkat Zon Selatan telah berjaya dianjurkan oleh Unit Kualiti,
Kampus Bandaraya, UiTM Cawangan Melaka. Sebanyak 3 kumpulan IK telah
berentap di konvensyen tersebut yang mana mewakili UiTM Johor, UiTM
Melaka dan UiTM Negeri Sembilan.
Pihak InQKA mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur yang telah
berjaya menganjurkan program dengan jayanya. Penolong Naib Canselor
InQKA, Prof Dr Roziah Mohd Janor turut hadir sebagai tanda sokongan
terhadap KIK UiTM.
Pihak InQKA juga mengucapkan sekalung
tahniah kepada semua pemenang. Semoga KIK terus cemerlang dan menepati
impian merealisasikan "Inovasi Pemangkin Kecemerlangan".
DR AIDA FIRDAUS BT MUHAMMAD NURUL AZMI
Ketua Inovasi dan Kreativiti (KIK)
Folow us
https://plus.google.com/+KikUitm/posts
https://www.flickr.com/photos/kikuitm/
http://instagram.com/kikuitm
Pada 18 - 19 Oktober 2016 yang lalu,
Konvensyen KIK peringkat Zon Utara telah berjaya dianjurkan oleh UiTM
Pulau Pinang. Sebanyak 13 kumpulan IK telah berentap di konvensyen
tersebut yang mana 2 Kumpulan daripada UiTM Perlis, 3 Kumpulan daripada
UiTM Perak, 3 Kumpulan daripada UiTM Kedah dan 5 Kumpulan daripada UiTM
Pulau Pinang. Jumlah penyertaan ini amat memberansangkan dan diharap
dapat ditingkatkan lagi pada tahun-tahun mendatang.
Pihak InQKA mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur yang telah
berjaya menganjurkan program dengan jayanya. Kehadiran Rektor UiTM Pulau
Pinang dan UiTM Kedah dengan diiringi Timbalan-timbalan Rektor,
Timbalan-timbalan Pendaftar Kanan, Ketua-Ketua Unit Pengurusan Kualiti
dan penyelaras-penyelaras KIK setiap kampus menunjukkan sokongan yang
kuat terhadap pembudayaan inovasi dan ini menunjukkan perkembangan yang
positif bagi KIK di UiTM terutamanya Zon Utara.
Pihak InQKA juga mengucapkan sekalung
tahniah kepada semua pemenang. Semoga KIK terus cemerlang dan menepati
impian merealisasikan "Inovasi Pemangkin Kecemerlangan".
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
DR AIDA FIRDAUS BT MUHAMMAD NURUL AZMI
Ketua Inovasi dan Kreativiti (KIK)
Folow us
https://plus.google.com/+KikUitm/posts
https://www.flickr.com/photos/kikuitm/
http://instagram.com/kikuitm
Konvensyen KIK Sabah 2016 telah berjaya dianjurkan oleh UiTM Sabah pada 06 Oktober 2016 (Khamis) yang lalu di Bilik Tayangan, Tingkat 3, PTAR UiTM Sabah. Sebanyak
2 kumpulan telah bertanding pada konvensyen ini. Pihak InQKA
mengucapkan sekalung tahniah kepada pihak penganjur dan para peserta
yang telah berusaha menjayakan konvensyen ini.
Penolong Naib Canselor InQKA, Prof.
Dr. Hajah Roziah Mohd Janor turut hadir sebagai tanda sokongan terhadap
KIK UiTM dan seterusnya merasmikan Konvensyen KIK Zon Sabah ini.
Penglibatan Rektor UiTM Sabah, Datuk Dr. Haji Abdul Kadir Haji Rosline
@ Ruslim selaku salah seorang ahli kumpulan IK menunjukkan penglibatan
dan tanda sokongan yang tinggi oleh pihak pengurusan kanan universiti.
Tahniah sekali lagi diucapkan.
Pihak InQKA juga mengucapkan
sekalung tahniah kepada semua pemenang. Semoga KIK terus
cemerlang dan menepati impian merealisasikan "Inovasi Pemangkin
Kecemerlangan"
Berikut dilampirkan senarai pemenang dan gambar sekitar penganjuran konvensyen.
Yang benar,
Dr. Aida Firdaus Muhammad Nurul Azmi
Ketua Inovasi dan Kreativiti
Folow us
https://plus.google.com/+KikUitm/posts
https://www.flickr.com/photos/kikuitm/
http://instagram.com/kikuitm
Konvensyen KIK Zon Sarawak 2016 telah berjaya dianjurkan oleh UiTM Sarawak (Kampus Samarahan 1) pada 05 Oktober 2016 (Rabu) yang lalu bertempat di Dewan Kuliah 1, Blok C, Kampus Samarahan 1, UiTM Sarawak.
Sebanyak 3 kumpulan telah bertanding pada konvensyen ini. Pihak InQKA
mengucapkan sekalung tahniah kepada pihak penganjur dan para peserta
yang telah berusaha menjayakan konvensyen ini.
Penolong Naib Canselor InQKA, Prof.
Dr. Hajah Roziah Mohd Janor turut hadir sebagai tanda sokongan terhadap
KIK UiTM dan seterusnya merasmikan Konvensyen KIK Zon Sarawak ini.
Penglibatan Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Prof. Madya Dr. Rosita
Hj. Suhaimi selaku salah seorang fasilitator kumpulan IK dan akhirnya
dinobatkan sebagai Fasilitator terbaik menunjukkan penglibatan dan tanda
sokongan yang tinggi oleh pihak pengurusan kanan universiti. Tahniah
sekali lagi diucapkan.
Pihak InQKA juga mengucapkan
sekalung tahniah kepada semua pemenang. Semoga KIK terus cemerlang dan
menepati impian merealisasikan "Inovasi Pemangkin Kecemerlangan".
Berikut dilampirkan senarai pemenang dan gambar sekitar penganjuran konvensyen:
Yang benar,
Dr. Aida Firdaus Muhammad Nurul Azmi
Ketua Inovasi dan Kreativiti
Folow us
https://plus.google.com/+KikUitm/posts
https://www.flickr.com/photos/kikuitm/
http://instagram.com/kikuitm
Konvensyen KIK peringkat Zon Tengah
2016 telah diadakan pada 28 September 2016 (Rabu) yang lalu. Konvensyen
ini telah dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan, UiTM Puncak Alam.
Sebanyak 8 kumpulan IK daripada
seluruh UiTM Selangor (termasuk satu kumpulan daripada ILD, Perak) telah
berentap pada konvensyen ini.
Pihak InQKA juga mengucapkan
syabas dan tahniah kepada pihak penganjur kerana telah
menjayakan penganjuran konvensyen ini dengan baik. Syabas dan tahniah
juga buat kesemua kumpulan IK yang bertanding dan memenangi anugerah di
konvenyen ini.
Kehadiran PNC InQKA, Prof. Dr. Hajah
Roziah Mohd Janor di konvensyen ini diharap dapat menaikkan semangat
para peserta dan warga UiTM lainnya untuk bergiat aktif dalam KIK.
Berikut dilampirkan senarai pemenang dan gambar sekitar penganjuran konvensyen.
Foto sekitar kik zon tengah:
Yang benar,
Dr. Aida Firdaus Muhammad Nurul Azmi
Ketua Inovasi dan Kreativiti
Folow us
https://plus.google.com/+KikUitm/posts
https://www.flickr.com/photos/kikuitm/
http://instagram.com/kikuitm
Pada 25 - 26 September 2016 yang lalu, Konvensyen KIK peringkat Zon Timur telah berjaya dianjurkan oleh Unit Kualiti, UiTM Terengganu. Sebanyak 8 kumpulan IK telah berentap di konvensyen tersebut yang mana 2 Kumpulan daripada UiTM Kelantan, 2 Kumpulan daripada UiTM Pahang dan 4 Kumpulan daripada UiTM Terengganu.
Pihak InQKA mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur yang telah berjaya menganjurkan program dengan jayanya. Penolong Naib Canselor InQKA, Prof. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor turut hadir sebagai tanda sokongan terhadap KIK UiTM dan seterusnya merasmikan Konvensyen KIK Zon Timur ini. Kehadiran Rektor UiTM Terengganu, Prof. Madya Dr. Abdol Samad Nawi beserta semua Timbalan Rektor dilihat sebagai sesuatu yang positif terhadap perkembangan KIK di UiTM, khasnya di peringkat Zon Timur.
Keputusan

Pihak InQKA juga mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pemenang. Semoga KIK terus cemerlang dan menepati impian merealisasikan "Inovasi Pemangkin Kecemerlangan".
DR AIDA FIRDAUS BT MUHAMMAD NURUL AZMI
Ketua Inovasi dan Kreativiti (KIK)
Foto-foto sekitar Konvensyen