Showing posts with label KIK Zon Tengah. Show all posts
Showing posts with label KIK Zon Tengah. Show all posts

Sunday, May 19, 2019

Konvensyen KIK 2019 Peringkat Zon Tengah Universiti Teknologi MARA

 


Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains Kesihatan (FSK), UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam telah dipilih secara rasminya sebagai tuan rumah dalam penganjuran Konvesyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Zon Tengah 2019. Acara ini akan berlangsung di Dewan Seminar FSK, Aras 8, Bangunan FSK 6, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam pada 12 September 2019.
 
Sehubungan itu, pihak kami mengalu-alukan penyertaan daripada semua PTJ, Jabatan dan Bahagian yang berpusat di Zon Tengah iaitu dari UiTM Kampus Shah Alam, UiTM Kampus Puncak Alam, UiTM Kampus Puncak Perdana, UiTM Kampus Jalan Othman, UiTM Kampus Selayang, UiTM Kampus Sungai Buloh, UiTM Kampus Dengkil dan UiTM Kampus Seksyen 17. Tiada yuran penyertaan dikenakan.
 
Pertandingan ini adalah terhad kepada 10 (SEPULUH) pasukan terawal sahaja. Pendaftaran penyertaan pasukan boleh dibuat bermula dari 23 Mei 2019 sehingga 29 Ogos 2019.
 
Berikut adalah antara hadiah dan kategori yang dipertandingkan:
 
• Johan 
• Naib Johan 
• Ketiga 
• Anugerah KIK Berpotensi
• Anugerah KIK PRIMER Terbaik Inovasi Pengurusan
• Anugerah KIK HIBRID Terbaik Inovasi Pengurusan
• Anugerah Penjimatan Kos Sebenar Terbaik
• Anugerah Penjanaan Pendapatan Sebenar Terbaik
• Anugerah Dokumentasi Terbaik
• Anugerah Persembahan Terbaik
• Anugerah Pembentang Terbaik
Untuk penyertaan atau sebarang pertanyaan, sila hubungi, Dr. Emida Mohamed (Timbalan Pengerusi KIK Fakulti Sains Kesihatan) di talian 014-2258820, Puan Hazura Hussin (AJK Pendaftaran dan Jemputan) di talian 012-5282818 atau Puan Normah Rosdi (AJK Pendaftaran dan Jemputan) di talian 011-32501469.
Penyertaan pasukan perlu dialamatkan ke email rasmi kami seperti berikut:
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan https://inqka.uitm.edu.my/main/index.php/excellence-awards/kumpulan-inovatif-dan-kreatif-kik/kik-horizon-baharu dan untuk borang penyertaan, sila layari pautan http://portalkik.uitm.edu.my
 
PENTING: Sila gunakan pelayar INTERNET EXPLORER atau MORZILLA FIREFOX bagi mengelakkan sebarang masalah ketika menekan link.

Friday, June 29, 2018

Konvensyen KIK 2018 Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat Zon Tengah




Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Shah Alam telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Mini Konvesyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Zon Tengah 2018. Acara ini akan berlangsung di ILD, UiTM, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan pada 3 Oktober 2018.

Oleh itu, dialu-alukan penyertaan daripada semua PTJ, Jabatan dan Bahagian yang berpusat di Zon Tengah (UiTM Kampus Shah Alam, UiTM Kampus Puncak Alam, UiTM Kampus Puncak Perdana, UiTM Kampus Jalan Othman, UiTM Kampus Selayang, UiTM Kampus Sungai Buloh, dan UiTM Kampus Seksyen 17).
Tiada yuran penyertaan dikenakan.
Pertandingan ini juga terbuka kepada organisasi luar yang berpusat di Zon Tengah (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan negeri Selangor Darul Ehsan). Yuran penyertaan untuk organisasi luar adalah sebanyak RM1000 sahaja untuk setiap kumpulan.
Antara hadiah dan kategori yang dipertandingkan adalah:
• Johan • Naib Johan • Ketiga • Anugerah Penjimatan Kos Sebenar Terbaik • Anugerah Penjanaan Kos Sebenar Terbaik • Anugerah KIK Berpotensi • Anugerah Fasilitator Terbaik • Anugerah Dokumentasi Terbaik • Anugerah Persembahan Terbaik

Untuk penyertaan atau pertanyaan, hubungi Puan Siti Nurulhuda Mohd Imran (Penyelaras KIK Fakulti Kejuruteraan Awam) di talian 012-7574347, Dr Hazrina Mansor (Timbalan Pengerusi KIK 1) di taliaan 013-2132627 atau Puan Nursafarina Ahmad (Ketua AJK Pendaftaran dan Jemputan) di taliaan 019-2715498.
Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan https://inqka.uitm.edu.my/main/index.php/excellence-awards/kumpulan-inovatif-dan-kreatif-kik/kik-horizon-baharu dan untuk borang penyertaan, sila layari pautan http://portalkik.uitm.edu.my/.


Syarat Pertandingan
1. Syarat-syarat penubuhan kumpulan KIK (https://inqka.uitm.edu.my/main/index.php/excellence-awards/kumpulan-inovatif-dan-kreatif-kik/mengenai-kik#syarat-syarat-penubuhan-kumpulan-kik)
2. Cara penubuhan KIK (https://inqka.uitm.edu.my/main/index.php/excellence-awards/kumpulan-inovatif-dan-kreatif-kik/mengenai-kik#cara-penubuhan-kumpulan-kik)
3. Syarat pendaftaran projek (https://inqka.uitm.edu.my/main/index.php/excellence-awards/kumpulan-inovatif-dan-kreatif-kik/mengenai-kik#syarat-pendaftaran-projek-kik)
4. Cara pendaftaran projek KIK (https://inqka.uitm.edu.my/main/index.php/excellence-awards/kumpulan-inovatif-dan-kreatif-kik/mengenai-kik#cara-pendaftaran-projek-kik)
5. Permohonan peruntukan kewangan (https://inqka.uitm.edu.my/main/index.php/excellence-awards/kumpulan-inovatif-dan-kreatif-kik/mengenai-kik#permohonan-peruntukan-kewangan)


Sila ‘Like‘ Facebook KIK di pautan: https://www.facebook.com/ Konvensyen-KIK-2018- 1702021633208993/







Nama Program: Majlis Pelancaran Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Peringkat Zon Tengah 2018
Tarikh: 29 Jun 2018
Masa: 8 pagi-12 tengahari
Tempat: Dewan Seminar OIA, UiTM Shah Alam

Sebuah majlis Pelancaran Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Zon Tengah 2018 telah diadakan pada hari Jumaat bertarikh 29 Jun 2018, di Dewan Seminar OIA, UiTM Shah Alam. Majlis ini telah dilancarkan oleh Ketua Unit Inovasi dan Kreativiti InQKA iaitu Dr. Nik Azlin Nik Ariffin mewakili pihak Penolong Naib Canselor, Professor, Dr. Hajah Roziah Mohd Janor. Majlis juga turut dihadiri oleh dekan dan penyelaras KIK fakulti yang terlibat dari UiTM Zon Tengah.




sumber :
https://news.uitm.edu.my/2018/07/31/konvensyen-kik-2018-kumpulan-inovatif-dan-kreatif-peringkat-zon-tengah-universiti-teknologi-mara-2018/


Friday, September 29, 2017

JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI MINI KONVENSYEN KIK ZON TENGAH TAHUN 2017


Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Mini Konvesyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Zon Tengah 2017. Acara ini akan berlangsung di Anjung Sri Budiman, UiTM Shah Alam pada 4 & 5 Oktober 2017.   
Oleh itu, kami mengalu-alukan penyertaan daripada semua PTJ, Jabatan dan Bahagian yang berpusat di Zon Tengah (UiTM Kampus Shah Alam, UiTM Kampus Puncak Alam, UiTM Kampus Puncak Perdana, UiTM Kampus Jalan Othman, UiTM Kampus Selayang, UiTM Kampus Sungai Buloh, dan UiTM Kampus Seksyen 17). Tiada yuran penyertaan dikenakan.
Pertandingan ini juga terbuka kepada organisasi luar yang berpusat di Zon Tengah (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan negeri Selangor Darul Ehsan)
Yuran penyertaan untuk organisasi luar adalah sebanyak RM1000 sahaja untuk setiap kumpulan.
Antara anugerah yang dipertandingkan adalah:
•    Anugerah Inovasi ICT
•    Anugerah Inovasi Proses
•    Anugerah Inovasi Teknikal
•    Anugerah Inovasi Kaedah Pengajaran & Pembelajaran
•    Anugerah Penjimatan Kos Sebenar Terbaik
•    Anugerah Penjanaan Kos Sebenar Terbaik
•    Anugerah KIK Berpotensi
•    Anugerah Fasilitator Terbaik
•    Anugerah Dokumentasi Terbaik
•    Anugerah Persembahan Terbaik
Untuk penyertaan atau pertanyaan, sila hubungi Penyelaras KIK Fakulti Filem, Teater dan Animasi, En. Suhaimi Juhan di talian 010-4022285.
Untuk maklumat lanjut dan borang penyertaan, sila layari pautan https://inqka.uitm.edu.my/main/index.php/download/kik-documents



4 OKTOBER 2017 (RABU)
ANJUNG SRI BUDIMAN, UiTM SHAH ALAM
 
 
Folow us

https://plus.google.com/+KikUitm/posts
https://www.flickr.com/photos/kikuitm/
http://instagram.com/kikuitm
hastag
#kikuitmallstars #kikallstars #kikuitm2017  #kikuitm #kik  #inovasi #kreatif 


Friday, September 30, 2016

KEPUTUSAN KONVENSYEN KIK UiTM ZON TENGAH 2016


Konvensyen KIK peringkat Zon Tengah 2016 telah diadakan pada 28 September 2016 (Rabu) yang lalu. Konvensyen ini telah dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan, UiTM Puncak Alam. 
 
Sebanyak 8 kumpulan IK daripada seluruh UiTM Selangor (termasuk satu kumpulan daripada ILD, Perak) telah berentap pada konvensyen ini.
 
Pihak InQKA juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur kerana telah menjayakan penganjuran konvensyen ini dengan baik. Syabas dan tahniah juga buat kesemua kumpulan IK yang bertanding dan memenangi anugerah di konvenyen ini.
Kehadiran PNC InQKA, Prof. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor di konvensyen ini diharap dapat menaikkan semangat para peserta dan warga UiTM lainnya untuk bergiat aktif dalam KIK.
Berikut dilampirkan senarai pemenang dan gambar sekitar penganjuran konvensyen.
 

Foto sekitar kik zon tengah:

 







Yang benar,
Dr. Aida Firdaus Muhammad Nurul Azmi Ketua Inovasi dan Kreativiti

Folow us
https://plus.google.com/+KikUitm/posts
https://www.flickr.com/photos/kikuitm/
http://instagram.com/kikuitm

Thursday, October 8, 2015

KEPUTUSAN MINI KONVENSYEN KIK ZON TENGAH UiTM 2015

 

Tahniah kepada kesemua Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang telah berjaya merangkul Penarafan EMAS di Mini Konvesyen KIK Zon Tengah UiTM 2015 yang telah diadakan pada 7 Oktober 2015 (Rabu) anjuran bersama Pejabat Pendaftar dan Institut Latihan Universiti (ILU).

Berikut adalah senarai pemenang-pemenang:


HADIAH UTAMA
JOHAN SAISOKU (PUSAT KESIHATAN)
NAIB JOHAN SINAR (PEJABAT PENGURUSAN FASILITI)
TEMPAT KETIGA PELANGI (PEJABAT PENDAFTAR)
ANUGERAH KHAS
INOVASI ICT 1 PRO (PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK)
INOVASI PROSES PELANGI (PEJABAT PENDAFTAR)
INOVASI TEKNIKAL SAISOKU (PUSAT KESIHATAN)
INOVASI KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TIADA PEMENANG
PENJIMATAN KOS SEBENAR TERBAIK K-TEN (PEJABAT PENGURUSAN FASILITI)
PENJANAAN KOS SEBENAR TERBAIK TIADA PEMENANG
KUMPULAN IK BERPOTENSI SHINE (PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK)
FASILITATOR TERBAIK ENCIK MOHD EHSAN AMIN (PELANGI, PEJABAT PENDAFTAR)
DOKUMENTASI TERBAIK SAISOKU (PUSAT KESIHATAN)
PERSEMBAHAN TERBAIK PELANGI (PEJABAT PENDAFTAR)

JOHAN : KIK  SAISOKU (PUSAT KESIHATAN)

NAIB JOHAN : KIK SINAR (PEJABAT PENGURUSAN FASILITI)

 TEMPAT KETIGA : KIK PELANGI (PEJABAT PENDAFTAR)

Friday, October 2, 2015

Mini Konvesyen KIK UiTM ZonTengah 2015

Mini Konvesyen KIK UiTM Zon Tengah 2015
Penganjur Pejabat Pendaftar ILU

7 Oktober 2015
Tarikh : 7 Oktober 2015 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : Auditorium IlQAM

berikut adalah aturcara program:

Pihak urusetia ingin mengucapkan syabas dan selamat maju jaya kepada semua peserta yang akan bersaing. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan juga kepada semua peserta yang terlibat dan kepada mereka-mereka yang menyokong penganjuran program ini.


Follow us
https://www.facebook.com/kik.uitm
https://plus.google.com/+KikUitm/posts

https://www.flickr.com/photos/kikuitm/
http://instagram.com/kikuitm
http://kikuitm.blogspot.com
https://twitter.com/kikuitm/ 










Tuesday, July 28, 2015

Cadangan tarikh KIK 2015 peringkat Zon


Berikut adalah tarikh cadangan bagi perlaksanaan KIK UiTM  mengikut ZON

TARIKH ZON PENGANJUR
2- 3 SEPTEMBER 2015 UTARA UiTM PERAK
8- 9 SEPTEMBER 2015 TIMUR UiTM KELANTAN
22 SEPTEMBER 2015 SARAWAK UiTM SARAWAK
7-8 OKTOBER 2015 TENGAH PEJABAT PENDAFTAR
27-28 OKTOBER 2015 SELATAN UiTM JOHOR
29-30 OKTOBER 2015 SABAH UiTM SABAH


 
sumber  http://www.inqka.uitm.edu.my/v1/services/kik/news.html 

Follow us