Showing posts with label UiTM. Show all posts
Showing posts with label UiTM. Show all posts

Thursday, October 6, 2016

KEPUTUSAN KONVENSYEN KIK ZON SABAH 2016


 
Konvensyen KIK Sabah 2016 telah berjaya dianjurkan oleh UiTM Sabah pada 06 Oktober 2016 (Khamis) yang lalu di Bilik Tayangan, Tingkat 3, PTAR UiTM Sabah. Sebanyak 2 kumpulan telah bertanding pada konvensyen ini. Pihak InQKA mengucapkan sekalung tahniah kepada pihak penganjur dan para peserta yang telah berusaha menjayakan konvensyen ini.
 
Penolong Naib Canselor InQKA, Prof. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor turut hadir sebagai tanda sokongan terhadap KIK UiTM dan seterusnya merasmikan Konvensyen KIK Zon Sabah ini. Penglibatan Rektor UiTM Sabah, Datuk Dr. Haji Abdul Kadir Haji Rosline @ Ruslim selaku salah seorang ahli kumpulan IK menunjukkan penglibatan dan tanda sokongan yang tinggi oleh pihak pengurusan kanan universiti. Tahniah sekali lagi diucapkan.
 
Pihak InQKA juga mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pemenang. Semoga KIK terus cemerlang dan menepati impian merealisasikan "Inovasi Pemangkin Kecemerlangan"
 
Berikut dilampirkan senarai pemenang dan gambar sekitar penganjuran konvensyen. 








Yang benar,
Dr. Aida Firdaus Muhammad Nurul Azmi Ketua Inovasi dan Kreativiti


Folow us
https://plus.google.com/+KikUitm/posts
https://www.flickr.com/photos/kikuitm/
http://instagram.com/kikuitm
 

Friday, September 30, 2016

KEPUTUSAN KONVENSYEN KIK UiTM ZON TENGAH 2016


Konvensyen KIK peringkat Zon Tengah 2016 telah diadakan pada 28 September 2016 (Rabu) yang lalu. Konvensyen ini telah dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan, UiTM Puncak Alam. 
 
Sebanyak 8 kumpulan IK daripada seluruh UiTM Selangor (termasuk satu kumpulan daripada ILD, Perak) telah berentap pada konvensyen ini.
 
Pihak InQKA juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur kerana telah menjayakan penganjuran konvensyen ini dengan baik. Syabas dan tahniah juga buat kesemua kumpulan IK yang bertanding dan memenangi anugerah di konvenyen ini.
Kehadiran PNC InQKA, Prof. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor di konvensyen ini diharap dapat menaikkan semangat para peserta dan warga UiTM lainnya untuk bergiat aktif dalam KIK.
Berikut dilampirkan senarai pemenang dan gambar sekitar penganjuran konvensyen.
 

Foto sekitar kik zon tengah:

 







Yang benar,
Dr. Aida Firdaus Muhammad Nurul Azmi Ketua Inovasi dan Kreativiti

Folow us
https://plus.google.com/+KikUitm/posts
https://www.flickr.com/photos/kikuitm/
http://instagram.com/kikuitm

Monday, October 28, 2013

Team ADAM representing UiTM to International ICQCC 2013 KIK Convention Taipei, Taiwan



What – International ICQCC 2013 KIK Convention

Where –Taipei International Convention Center TICC ,Taiwan

Who – Team ADAM from UiTM (Perlis) - representing UiTM and Malaysia

When – 21 to 25 October 2013

Why – Team ADAM was one of the winners of MPC 2012 KIK Convention

How –  Team ADAM was awarded one of the 10 best teams in the MPC 2012 KIK Convention; qualifying them to the International ICQCC 2013 KIK Convention,Taiwan

Result: Team ADAM won the Excellence Award , the highest accolade in the 2013 ICQCC Convention







Thursday, September 20, 2012

Perpustakaan UiTM telah merangkul dua anugerah di Konvensyen KIK Perpustakaan SeMalaysia kali ke-4, 2012


Kik_perpustakaan_semalaysia

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perpustakaan UiTM telah merangkul dua anugerah di Konvensyen KIK Perpustakaan SeMalaysia kali ke-4,  2012 yang berlangsung di Hotel Permai, Kuala Terengganu, dari 18 hingga 19 September 2012. Penyertaan ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu pengurusan dan teknikal. Projek yang dipersembahkan dapat memberi bantuan kepada perpustakaan dalam membantu dan menaiktarafkan perkhidmatan perpustakaan.


Anugerah Pertama bagi Katergori Pengurusan telah dimenangi oleh KIK Titanium dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR),Shah Alam dengan membawa pulang Piala dan wang berjumlah RM 3,000  Sementara KIK Paradigma dari Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Kelantan telah merangkul anugerah Penyampai Terbaik.

20120919tatiniumjohanpengurusan
20120919hadiahkiktitanium

Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Tanah dan Galian Terengganu iaitu Dato’ Tuan Mamat b. Tuan Ngah. Lebih kurang 17 perpustakaan yang telah mengambil bahagian dalam program ini  antaranya Titanium, Paradigma, Spektrum, C-FAR, KL LIB, R.E.A.D, WAVE ICQ,  Tuah, Vitalize, X-Tra Ordinary, 5K, Intelek 2.0, Q-LIB, Smart Layer, Bibliotera, Elite 10 dan Lentera.

Sementara majlis penutup pula berlangsung pada 19 September (Rabu) jam 8.15 malam dengan ucapan penutup oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Terengganu(Pengurusan) merangkap Timbalan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, Dato’ Haji Wan Ahmad Muda.
Sesipenyampaianhadiah

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Naib Yang DiPertua II Persatuan Pustakawan Malaysia, Maimunah Abd. Kadir dan diakhiri dengan acara makan malam sebelum melabuh tirai oleh persembahan lagu-lagu Tradisional Terengganu.

 
Senarai penerima Anugerah adalah seperti berikut:

KATEGORI PENGURUSAN :

Pertama Kumpulan Titanium dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR),Shah Alam

Kedua    Kumpulan 5K dari Perpustakaan Sultan Zanariah UiTM, Skudai

Ketiga    Kumpulan Vitalize dari Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia


KATEGORI TEKNIKAL:

Pertama Kumpulan Smart Layer dari Perbandanan Perpustakaan Awam Terengganu

Kedua    Kumpulan Tuah dari Perbandanan Perpustakaan Awam Perak

Ketiga    Kumpulan C-FAR dari Perpustakaan Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia


KATEGORI KHAS :

MOST CREATIVE TEAM Kumpulan Intelek 2.0 dari Perpustakaan Majlis Perbandaran Subang Jaya

PENYAMAPAI TERBAIK Kumpulan Paradigma dari Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Kelantan


http://library.uitm.edu.my/inovasi/index.php?option=com_content&view=article&id=90:perpustakaan-uitm-telah-merangkul-dua-anugerah-di-konvensyen-kik-perpustakaan-semalaysia-kali-ke-4-2012&catid=38:event
http://perpustakaanuitm.blogspot.com/2012/09/konvensyen-kik-perpustakaan-semalaysia.html

Wednesday, August 1, 2012

Mini Konvensyen KIK Peringkat UiTM Cawangan Kelantan 2012


20120801minikik_kelantan

Sukacita dimaklumkan bahawa  UiTM Cawangan Kelantan akan menganjurkan Mini Konvensyen KIK Peringkat UiTM Cawangan Kelantan 2012 .
Tarikh  : 1 Ogos 2012 (Rabu)
Masa : 8 am hingga 5 pm
Tempat : Dewan Profesional UiTM Cawangan Kelantan
Penglibatan : 8 Kumpulan yang mewakili setiap jabatan/fakulti/bahagian/unit

Dijemput semua warga UiTM Cawangan Kelantan (staf dan pelajar)  untuk sama-sama memeriahkan Mini Konvensyen KIK Peringkat UiTM Cawangan Kelantan 2012

Wednesday, January 19, 2011

Konvensyen KIK Peringkat IPTA Kali ke 7 pada 1-3 Mac 2011

















Pada Mesyuarat Pendaftar-Pendaftar Bil. 1/2010 yang diadakan pada 19hb. Februari 2010 telah bersetuju untuk memberi kepercayaan kepada Universiti Putra Malaysia sebagai tuan rumah untuk Konvensyen KIK peringkat IPTA kali ke 7 iaitu pada tahun 2011.


Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap usaha-usaha memperkenalkan inovasi dan membuat penambahbaikan terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Sesuai dengan keperluan semasa dan perubahan di dalam dan luar negara, kerajaan telah mengkaji semula peranan dan kaedah yang digunakan oleh Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) dalam penyelesaian masalah organisasi. Ia bertujuan untuk menggalakkan budaya inovatif dan kreatif serta memberi peluang kepada anggota Perkhidmatan Awam untuk menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri. Ikutan daripada itu, KMK telah ditukar nama kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).


Program KIK bukan sahaja menyediakan teknik-teknik untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam organisasi, tetapi juga merangkumi kaedah untuk membolehkan ahli-ahli KIK bertindak secara kreatif dan inovatif bagi menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk yang baru melalui kemahiran imaginasi yang membawa kepada peningkatan sistem penyampaian perhidmatan kepada pelanggan.


Konsep ini juga telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Latihan Universiti (JALUMA) pada tahun 2004 sebagai satu mekanisme pengurusan untuk menyuburkan budaya kerja berkualiti di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Beberapa siri Konvensyen telah dianjurkan di peringkat IPTA seperti pada Jadual 1.

 












Tarikh Konvensyen KIK Peringkat IPTA  kali ke 7 dijadualkan pada 1 – 3 Mac 2011
bertempat di:

(a)Panggung Percubaan, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Persembahan Kategori Teknikal);

(b)Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Persembahan Kategori)



Terdapat 2 Kategori Projek
(a) Kategori Pengurusan
Kategori Pengurusan adalah projek yang berkaitan dengan hal-hal pentadbiran atau sistem prosedur kerja.  Contohnya projek pengurusan ialah penggabungan borang permohonan, lesen komposit, pengenalan borang baru, pelaksanaan prosedur kerja baru, pengenalan sistem kerja baru atau pengubahsuaian sistem lama kepada sistem baru yang boleh menjimatkan masa dan kos operasi, meningkatkan kepuasan hati pelanggan dan penyampaian perkhidmatan sderta faedah-faedah lain
  
(b) Kategori Teknikal

Kategori teknikal ialah projek yang menggunakan bidang pengetahuan yang tertentu seperti kejuruteraan, seni perusahaan (industrial arts) dan sains gunaan (applied science).  Masalah projek yang dikenalpasti dan telah diselesaikan oleh kumpulan adalah berhubung kait dengan bidang tertentu.  Cadangan yang dikemukakan dan dilaksanakan juga adalah dalam bidang yang sama.  Contoh projek teknikal ialah penciptaan peralatan baru, pembangunan sistem komputer atau perisian komputer, perubahan dalam penggunaan bahan atau komponen kimia dan pengwujudan kaedah teknikal baru

Syarat Pertandingan
Yuran Penyertaan
Kategori Hadiah
Keperluan Peralatan & Penginapan
Etika Pakaian & Logo Pasukan
Kriteria Penilaian


Muat Turun Borang
Borang Penyertaan
Borang Abstrak
Borang Keperluan Peralatan
Borang Keperluan Penginapan

Maklumat lanjut hubungi :

Urusetia
Konvensyen KIK Peringkat IPTA kali ke-7,
Seksyen Pengurusan Kualiti,
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia & Pengurusan Kualiti,
Pejabat Pendaftar,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan

Pn. Rozi Tamin
(
t_rozi@putra.upm.edu.my)
Cik Mahmudah Aunuddin
(
mahmudah@putra.upm.edu.my)
Tel : 03-8947 2027/8946 7044
Faks : 03-89467151/8942 6468
Emel :
spkpendaftar@gmail.com 

Wednesday, October 27, 2010

Keputusan Mini Konvensyen KIK Zon Tengah UiTM 2010


Sekalung tahniah dan syabas di ucapkan kepada KIK Titanium dari Perpustakaaan Tun Abdul Razak kerana berjaya merangkul Johan Keseluruhan dalam Mini Konvensyen KIK Zon Tengah UiTM 2010.
Tahniah juga di ucapkan kepada semua KIK yang terlibat dan yang berjaya mempersembahkan projek serta hasil inovasi masing-masing.

Berikut adalah keputusan penuh bagi Mini Konvensyen KIK Zon Tengah UiTM 2010:-
Johan Keseluruhan - Titanium (Perpustakaan Tun Abdul Razak, PTAR)


Johan - Titanium (Perpustakaan Tun Abdul Razak)
Naib Johan - Z'max (Pusat Kesihatan UiTM)
Tempat Ketiga - Pelangi (Bahagian Pengurusan Rekod Pelajar & Konvokesyen, Pejabat Pendaftar)

Anugerah Inovasi ICT - Titanium (Perpustakaan Tun Abdul Razak)
Anugerah Inovasi Proses -Pelangi (Bahagian Pengurusan Rekod Pelajar & Konvokesyen, Pejabat Pendaftar)
Anugerah Inovasi Teknikal - Z'max (Pusat Kesihatan UiTM)
Anugerah Penjimatan Kos Terbaik - Pelangi (Bahagian Pengurusan Rekod Pelajar & Konvokesyen, Pejabat Pendaftar)
Anugerah Kumpulan Berpotensi - Impak (Pusat Latihan UiTM, Pejabat Pendaftar)
Persembahan Kumpulan Terbaik -Titanium (Perpustakaan Tun Abdul Razak)
Anugerah Dokumentasi Terbaik - Titanium (Perpustakaan Tun Abdul Razak)
Anugerah Kumpulan Istiqamah - Tiada
Anugerah Logo Terbaik - Penawar (Bahagian Perkhidmatan Psikologi, Pejabat Pendaftar)


      Kumpulan KIK dari Pendaftar


      Kumpulan KIK dari Pusat Kesihatan HEP


     Kumpulan KIK dari Perpustakaan tun Abdul Razak.