Showing posts with label InQKA. Show all posts
Showing posts with label InQKA. Show all posts

Monday, November 14, 2016

SENARARI AKHIR KIK KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF PERINGKAT UiTM 2016



LATARBELAKANG PROGRAM
UiTM menganjurkan dua peringkat konvensyen KIK iaitu Konvensyen KIK UiTM peringkat Zon dan Kebangsaan pada setiap tahun. Konvensyen KIK UiTM peringkat Zon telah diadakan bagi Zon Utara, Selatan, Timur, Tengah, Sabah dan Sarawak bermula September hingga Oktober 2016 yang lalu. Para pemenang di Konvensyen KIK peringkat Zon akan dipertandingkan pula diperingkat Kebangsaan dan seterusnya akan mewakili UiTM ke peringkat yang lebih tinggi.
Pada tahun ini, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah dipilih menjadi Tuan Rumah bagi Konvesyen KIK peringkat UiTM. Bertemakan Inovasi Pemangkin Kecemerlangan, konvensyen ini diharapkan dapat mencapai objektif memartabatkan idea-idea kreatif dan inovatif di kalangan warga UiTM ke peringkat yang lebih tinggi.

OBJEKTIF PENGANJURAN
Objektif konvensyen ini adalah untuk :
  • Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada staf yang terlibat dalam Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dengan memberi peluang kepada Kumpulan IK membuat persembahan
  • Menyediakan peluang untuk Kumpulan IK berjumpa, berkongsi dan bertukar-tukar idea mengenai kaedah terbaik mengenai inisiatif penambahbaikan secara berterusan; dan
  • Memberi keyakinan bahawa KIK adalah salah satu mekanisma pengurusan penting bagi menyemarak ‘value creation’ untuk menjana kegemilangan UiTM

PESERTA
Konvensyen ini akan disertai oleh kumpulan-kumpulan IK daripada enam Zon iaitu Zon Utara, Selatan, Timur, Tengah, Sabah dan Sarawak. Penyertaan terhad kepada 20 kumpulan sahaja. Jumlah keseluruhan peserta konvensyen dianggarkan seramai 250 orang termasuk pemerhati dari seluruh sistem UiTM. Berikut adalah bilangan kumpulan bagi setiap zon yang terpilih ke konvensyen KIK UiTM 2016:
  • Zon Utara       : 6 kumpulan
  • Zon Tengah    : 5 kumpulan
  • Zon Timur      : 4 kumpulan
  • Zon selatan    : 2 kumpulan
  • Zon Sarawak  : 2 kumpulan
  • Zon Sabah      : 1 kumpulan
Finalis yang telah berjaya melayakkan diri ke peringkat kebangsaan ini adalah seperti berikut:



sumber
http://news.uitm.edu.my/index.php/events/others/272-konvensyen-kumpulan-inovatif-dan-kreatif-uitm-2016
 
Contact Name
Dr. Aida Firdaus Binti Muhammad Nurul Azmi

Contact No./ Email
+6013 327 4060 / aidafirdaus@salam.uitm.edu.my


Folow us

https://plus.google.com/+KikUitm/posts
https://www.flickr.com/photos/kikuitm/
http://instagram.com/kikuitm
hastag
#kikuitmallstars #kikallstars #kikuitm2016  #kikuitm #kik  #inovasi #kreatif 


Thursday, October 27, 2016

KIK All STARS


 
KIK ALL Stars terbuka kepada semua projek /produk KIK yang pernah dipertandingkan  sejak tahun 2005 samada di peringkat Zon , UiTM, Kebangsaan mahupun antarabangsa


~Tarikh Akhir Penghantaraan POSTER (softcopy) adalah pada 7 November 2016~

Dr. Aida Firdaus Muhammad Nurul Azmi Ketua Inovasi dan Kreativiti


Folow us
https://plus.google.com/+KikUitm/posts
https://www.flickr.com/photos/kikuitm/
http://instagram.com/kikuitm

hastag
#kikuitmallstars #kikallstars #kikuitm2016  #kikuitm #kik  #inovasi #kreatif 

Wednesday, October 26, 2016

KEPUTUSAN KONVENSYEN KIK PERINGKAT ZON SELATAN 2016


Pada 25 Oktober 2016 yang lalu, Konvensyen KIK peringkat Zon Selatan telah berjaya dianjurkan oleh Unit Kualiti, Kampus Bandaraya, UiTM Cawangan Melaka. Sebanyak 3 kumpulan IK telah berentap di konvensyen tersebut yang mana mewakili UiTM Johor, UiTM Melaka dan UiTM Negeri Sembilan.


Pihak InQKA mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur yang telah berjaya menganjurkan program dengan jayanya. Penolong Naib Canselor InQKA, Prof Dr Roziah Mohd Janor turut hadir sebagai tanda sokongan terhadap KIK UiTM.


Pihak InQKA juga mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pemenang. Semoga KIK terus cemerlang dan menepati impian merealisasikan "Inovasi Pemangkin Kecemerlangan".





DR AIDA FIRDAUS BT MUHAMMAD NURUL AZMI
Ketua Inovasi dan Kreativiti (KIK)


Folow us

https://plus.google.com/+KikUitm/posts
https://www.flickr.com/photos/kikuitm/
http://instagram.com/kikuitm

Monday, July 27, 2015

Bengkel Teknik Memuatnaik Dokumen Ke Sistem Pengurusan KIK UiTM




Untuk makluman, Konvensyen KIK Peringkat Zon akan berlansung tidak lama lagi. Bagi  proses pendaftaran kumpulan sehingga penghantaran dokumen kepada pihak penganjur akan dilaksanakan melalui sistem Pengurusan KIK UiTM yang boleh dicapai di http://portalkik.uitm.edu.my

Sehubungan dengan itu, InQKA akan menganjurkan dua (2) sesi  "Bengkel Teknik Memuatnaik  Dokumen Ke Sistem Pengurusan KIK UiTM" seperti maklumat berikut:-



Ini merupakan inisiatif pihak InQKA dan InfoTech bagi mengurangkan masalah yang dihadapi oleh peserta apabila memuatnaik dokumen yang bersaiz besar ke dalam sistem sepertimana yang berlaku di Konvensyen KIK UiTM yang lepas. Penyertaan bengkel ini terhad kepada 20 orang sahaja bagi setiap sesi, setiap kumpulan hanya dibenarkan menghantar dua (2) orang wakil.

Segala perbelanjaan menghadiri bengkel adalah dibawah tanggungjawab PTJ masing-masing.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 Julai 2015 (Rabu).



Borang penyertaan boleh dihantar kepada  juhirniza@salam.uitm.edu.my atau fax 03 -5522 5547. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Puan Siti Nor Juhirniza di talian 03 - 5522 5574.


Follow us