Showing posts with label Kreatif. Show all posts
Showing posts with label Kreatif. Show all posts

Monday, November 14, 2016

SENARARI AKHIR KIK KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF PERINGKAT UiTM 2016



LATARBELAKANG PROGRAM
UiTM menganjurkan dua peringkat konvensyen KIK iaitu Konvensyen KIK UiTM peringkat Zon dan Kebangsaan pada setiap tahun. Konvensyen KIK UiTM peringkat Zon telah diadakan bagi Zon Utara, Selatan, Timur, Tengah, Sabah dan Sarawak bermula September hingga Oktober 2016 yang lalu. Para pemenang di Konvensyen KIK peringkat Zon akan dipertandingkan pula diperingkat Kebangsaan dan seterusnya akan mewakili UiTM ke peringkat yang lebih tinggi.
Pada tahun ini, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah dipilih menjadi Tuan Rumah bagi Konvesyen KIK peringkat UiTM. Bertemakan Inovasi Pemangkin Kecemerlangan, konvensyen ini diharapkan dapat mencapai objektif memartabatkan idea-idea kreatif dan inovatif di kalangan warga UiTM ke peringkat yang lebih tinggi.

OBJEKTIF PENGANJURAN
Objektif konvensyen ini adalah untuk :
  • Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada staf yang terlibat dalam Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dengan memberi peluang kepada Kumpulan IK membuat persembahan
  • Menyediakan peluang untuk Kumpulan IK berjumpa, berkongsi dan bertukar-tukar idea mengenai kaedah terbaik mengenai inisiatif penambahbaikan secara berterusan; dan
  • Memberi keyakinan bahawa KIK adalah salah satu mekanisma pengurusan penting bagi menyemarak ‘value creation’ untuk menjana kegemilangan UiTM

PESERTA
Konvensyen ini akan disertai oleh kumpulan-kumpulan IK daripada enam Zon iaitu Zon Utara, Selatan, Timur, Tengah, Sabah dan Sarawak. Penyertaan terhad kepada 20 kumpulan sahaja. Jumlah keseluruhan peserta konvensyen dianggarkan seramai 250 orang termasuk pemerhati dari seluruh sistem UiTM. Berikut adalah bilangan kumpulan bagi setiap zon yang terpilih ke konvensyen KIK UiTM 2016:
  • Zon Utara       : 6 kumpulan
  • Zon Tengah    : 5 kumpulan
  • Zon Timur      : 4 kumpulan
  • Zon selatan    : 2 kumpulan
  • Zon Sarawak  : 2 kumpulan
  • Zon Sabah      : 1 kumpulan
Finalis yang telah berjaya melayakkan diri ke peringkat kebangsaan ini adalah seperti berikut:



sumber
http://news.uitm.edu.my/index.php/events/others/272-konvensyen-kumpulan-inovatif-dan-kreatif-uitm-2016
 
Contact Name
Dr. Aida Firdaus Binti Muhammad Nurul Azmi

Contact No./ Email
+6013 327 4060 / aidafirdaus@salam.uitm.edu.my


Folow us

https://plus.google.com/+KikUitm/posts
https://www.flickr.com/photos/kikuitm/
http://instagram.com/kikuitm
hastag
#kikuitmallstars #kikallstars #kikuitm2016  #kikuitm #kik  #inovasi #kreatif 


Thursday, October 27, 2016

KIK All STARS


 
KIK ALL Stars terbuka kepada semua projek /produk KIK yang pernah dipertandingkan  sejak tahun 2005 samada di peringkat Zon , UiTM, Kebangsaan mahupun antarabangsa


~Tarikh Akhir Penghantaraan POSTER (softcopy) adalah pada 7 November 2016~

Dr. Aida Firdaus Muhammad Nurul Azmi Ketua Inovasi dan Kreativiti


Folow us
https://plus.google.com/+KikUitm/posts
https://www.flickr.com/photos/kikuitm/
http://instagram.com/kikuitm

hastag
#kikuitmallstars #kikallstars #kikuitm2016  #kikuitm #kik  #inovasi #kreatif 

Tuesday, April 14, 2015

Konvensyen KIK 2015 Universiti Awam (IPTA) Kali ke-11


Konvensyen Kumpulan Inovatif Kreatif  (KIK) menyediakan pentas untuk ahli-ahli KIK mengemukakan idea dan melaksanakan reka cipta di jabatan masing-masing. Penemuan ini akan dipertandingkan pula di peringkat pusat. Tujuan pertandingan itu bagi membolehkan setiap penemuan dapat dikongsi dengan agensi kerajaan yang lain. Langkah ini dapat meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.  

Tahun 2015 ini giliran Universiti Sains Islam Malaysia sebagai tuan rumah Konvensyen Kumpulan Inovatif Kreatif  (KIK) IPTA atau sekarang dikenali KIK UA (Universiti Awam)

KONVENSYEN KIK UA KE-11 
TARIKH: 14-16 APRIL 2015 
TEMPAT: Dewan Besar, USIM


UiTM diwakili oleh kumpulan P-TECH dan PROSERVE bagi kategori Pengurusan
lihat video
http://www.usimtv.my/video/kik-ua11-kategori-pengurusan-15april2015/



manakala bagi katergori Teknikal Kumpulan AKAR dan TECHNOVATORS mewakili UiTM
lihat video










Friday, October 22, 2010

Keputusan Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) 2010 peringkat Zon Pantai Timur


Tarikh Mini Konvensyen: 18 - 21 Oktober 2010


Adalah dimaklumkan bahawa Mini Konvensyen KIK Zon Pantai Timur 2010 yang diadakan pada 19-20 Oktober telah berjalan dengan lancar. Sebanyak 9 kumpulan telah membentangkan projek masing-masing yang melibatkan penyertaan kampus Terengganu, Kelantan dan Pahang.


Berikut adalah keputusan penuh pertandingan:


KATEGORI PEMENANG JOHAN KIK telah mencapai kematangan tujuan penilaian projek KIK Kumpulan C7(Perpustakaan Cendekiawan, UiTMT)

NAIB JOHAN 
KIK telah mencapai tujuan penilaian projek KIK dengan penambahbaikan Kumpulan Reach (Fakulti Perakaunan, UiTM Pahang)

KETIGA 
KIK telah mencapai tujuan penilaian projek dengan beberapa kelemahan Kumpulan Paradigma(Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Kelantan)

ANUGERAH INOVASI ICT 
Pengaturcaraan sistem baru, potensi hasil projek Kumpulan Paradigma (Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Kelantan)

ANUGERAH INOVASI PROSES 
Proses penyampaian perkhidmatan baru, potensi hasil projek Tiada Pemenang

ANUGERAH INOVASI TEKNIKAL 
Ciptaan alat baru, potensi hasil projek Kumpulan C7 (Perpustakaan Cendekiawan, UiTMT)

ANUGERAH INOVASI KAEDAH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN  
Kaedah P&P baru mata pelajaran, potensi hasil projek Kumpulan Reach (Fakulti Perakaunan, UiTM Pahang)

ANUGERAH PENJIMATAN KOS TERBAIK 
Penjimatan terbanyak bagi satu projek berdasarkan Cost Benefit Analysis Kumpulan C-Nar Unggu (Unit Kolej UiTMT)