Showing posts with label KIK UA. Show all posts
Showing posts with label KIK UA. Show all posts

Friday, July 6, 2018

EUREKA #UM2018: Expo on University Research Invention, Creation & Innovation


Sebagai tuan rumah untuk Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) peringkat UA kali ke-14 pada tahun 2018, Universiti Malaya (UM) telah mengambil inisiatif bagi menjayakan mandat yang diberi pada Majlis Penutup Konvensyen KIK kali ke-13 di Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dengan menawarkan konsep yang baru  dalam menganjurkan Konvensyen KIK di peringkat Universiti Awam (UA). Pada tahun ini, UM menggabungkan pembentangan dan pameran yang melibatkan projek penyelidikan dan inovasi, kreativiti dan pengalaman baru di dalam satu konvensyen yang dinamakan sebagai EUREKA #UM2018.


Penganjuran EUREKA #UM2018 terdiri daripada dua (2) kategori utama iaitu Konvensyen KIK dan International Research Innovation, Invention Solution Exposition (i-RIISE). Penyertaan KIK adalah khas kepada penyertaan dari Universiti Awam, manakala penyertaan i-RIISE adalah terbuka kepada semua institusi pengajian termasuk Sekolah (Menengah & Rendah), Institusi Pengajian Tinggi (Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Latihan Perindustrian dan lain-lain) serta terbuka untuk semua Universiti (Awam & Swasta).
 

 Objektif utama penganjuran EUREKA #UM2018 adalah:

  • Menggalakkan dan mencungkil cetusan idea baharu dalam rekabentuk dan inovasi;
  • Menerapkan kreativiti di dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan;
  • Menggalakkan persaingan sihat menerusi inovasi, sains dan teknologi;
  • Menjadi platform untuk berkongsi amalan terbaik dan berkesan yang boleh diambil dalam pengurusan dan pentadbiran;
  • Sebagai pemangkin kepada generasi baru dalam penyelidikan, inovasi dan daya cipta unggul; dan
  • Meningkatkan keterlihatan (visibility) dan penjenamaan Universiti Malaya sebagai peneraju dalam bidang penyelidikan, inovasi dan pendidikan tinggi yang berkualiti sesuai dengan imej universiti penyelidikan yang dipegang.

    Brosur Eureka #UM2018

    LATAR BELAKANG

    Penganjuran Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Universiti Awam diteruskan lagi buat kali ke-14 pada tahun 2018 dengan mendukung aspirasi dan harapan agar konvensyen ini dapat menjadi arena domain bagi berkongsi idea-idea dan amalan-amalan terbaik dalam meningkatkan kualiti dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan universiti awam. Bermula pada tahun 2004, pelaksanaan KIK di peringkat universiti awam dirintiskan menerusi persetujuan Jawatankuasa Latihan Universiti Malaysia (JALUMA) sebagai satu mekanisme pengurusan untuk menyuburkan budaya kerja berkualiti.

    Siri Konvensyen KIK peringkat Universiti Awam (UA)

    LATIHAN PERSEMBAHAN




    PEMBENTANGAN KUMPULAN


    MAJLIS PENUTUP

    sumber
    https://eureka.um.edu.my/

     

     


Friday, April 24, 2015

PROSERVE, AKAR, P-TECH dan TECHNOVATORS mewakili UiTM ke KIK 2015 Universiti Awam Kali ke-11




Tahniah diucapkan kepada semua Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang telah mewakili UiTM di Konvensyen KIK Peringkat IPTA (UA) ke 11 di USIM,Nilai, Negeri Sembilan yang berlangsung pada 14 - 16 April 2015 kerana projek yang dihasilkan berjaya memperolehi penarafan tiga (3) emas dan satu (1) perak.


UiTM telah di wakili oleh kumpulan PROSERVE, AKAR, P-TECH dan  TECHNOVATORS

Berikut adalah keputusan penuh konvensyen :

BIL
NAMA KUMPULAN
PTJ
PENARAFAN PROJEK
1.
    AKAR
JOHOR
EMAS
2.
    TECHNOVATORS
PAHANG
EMAS
3.
    PROSERVE
INFOTECH
EMAS
4.
    P-TECH
INFOTECH
PERAK

Sekali lagi TAHNIAH & TERIMA KASIH diucapkan kepada pemenang, penyokong dan semua pihak yang terlibat.
Disertakan gambar sekitar konvensyen :-


AKAR

P-TECH 

PROSERVE
TECHNOVATORS 
 

Konvensyen KIK 2015 Universiti Awam (IPTA) Kali ke-11
http://kikuitm.blogspot.com/2015/04/konvensyen-kik-2015-universiti-awam.html


 
Follow us

 




 

Tuesday, April 14, 2015

Konvensyen KIK 2015 Universiti Awam (IPTA) Kali ke-11


Konvensyen Kumpulan Inovatif Kreatif  (KIK) menyediakan pentas untuk ahli-ahli KIK mengemukakan idea dan melaksanakan reka cipta di jabatan masing-masing. Penemuan ini akan dipertandingkan pula di peringkat pusat. Tujuan pertandingan itu bagi membolehkan setiap penemuan dapat dikongsi dengan agensi kerajaan yang lain. Langkah ini dapat meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.  

Tahun 2015 ini giliran Universiti Sains Islam Malaysia sebagai tuan rumah Konvensyen Kumpulan Inovatif Kreatif  (KIK) IPTA atau sekarang dikenali KIK UA (Universiti Awam)

KONVENSYEN KIK UA KE-11 
TARIKH: 14-16 APRIL 2015 
TEMPAT: Dewan Besar, USIM


UiTM diwakili oleh kumpulan P-TECH dan PROSERVE bagi kategori Pengurusan
lihat video
http://www.usimtv.my/video/kik-ua11-kategori-pengurusan-15april2015/



manakala bagi katergori Teknikal Kumpulan AKAR dan TECHNOVATORS mewakili UiTM
lihat video