Wednesday, September 19, 2012

Mini Konvensyen KIK Zon Timur 2012


20120912kik-paradigmajohanzontimur
Buat julung kalinya, UiTM  cawangan Kelantan telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran MINI KONVENSYEN KIK ZON TIMUR pada tahun 2012 ini.   Tarikh : 12 – 13 September 2012 ( Rabu dan Khamis)
Tempat : Dewan Profesional UiTM Cawangan Kelantan


Alhamdulillah & Tahniah diucapkan kepada semua Kumpulan KIK UiTM  di atas kejayaan dan usaha mereka 

Berikut adalah keputusan penuh di MINI KONVENSYEN KIK ZON TIMUR 2012 :-

KRITERIA
PEMENANG
Anugerah Inovasi ICT
EUREKA (KELANTAN)
Anugerah Inovasi Proses
ACTEAM (TERENGGANU)
Anugerah Inovasi Teknikal
C7 (TERENGGANU)
Anugerah Inovasi Kaedah Pengajaran & Pembelajaran
REACH (PAHANG)
Anugerah Penjimatan Kos Terbaik
ILHAMKU (TERENGGANU)
Anugerah Logo Terbaik
TUAH (KELANTAN)
Anugerah Kumpulan Baru Berpotensi Terbaik
I-SAF (KELANTAN)
Anugerah Pembentang Terbaik Lelaki
MOHD ZAFIAN B. MOHD ZAWAWI (PARADIGMA - KELANTAN)
Anugerah Pembentang Terbaik Perempuan
HASLINDA NORADZAN (CWEB - PAHANG)
Tempat Ketiga KIK ZON TIMUR 2012
KREAVASI (KELANTAN)
Naib Johan KIK ZON TIMUR 2012
PINNACLE (PAHANG)
JOHAN KIK ZON TIMUR 2012
PARADIGMA (KELANTAN)

http://www.kelantan.uitm.edu.my/kik2012/

UiTM Kelantan menjadi Johan selain itu merangkul  5 Anugerah
Anugerah Inovasi ICT -EUREKA (KELANTAN),
Anugerah Logo Terbaik - TUAH (KELANTAN) ,
Anugerah Kumpulan Baru Berpotensi Terbaik - I-SAF (KELANTAN),
Anugerah Pembentang Terbaik Lelaki -    MOHD ZAFIAN B. MOHD ZAWAWI (PARADIGMA - KELANTAN)
Tempat Ketiga KIK ZON TIMUR 2012 - KREAVASI (KELANTAN)
JOHAN KIK ZON TIMUR 2012     - PARADIGMA (KELANTAN)


UiTM Pahang merangkul 3 Anugerah
Anugerah Inovasi Kaedah Pengajaran & Pembelajaran -REACH (PAHANG),
Anugerah Pembentang Terbaik Perempuan - HASLINDA NORADZAN (CWEB - PAHANG),
Naib Johan KIK ZON TIMUR 2012 -PINNACLE (PAHANG)

http://pahang.uitm.edu.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=294:kejayaan-kumpulan-kik-di-mini-konv-kik-zon-timur-2012-uitm-cawangan-kelantan&catid=71:news


UiTM Terengganu  merangkul 3 AnugerahAnugerah Inovasi Proses - ACTEAM (TERENGGANU)
Anugerah Inovasi Teknikal - C7 (TERENGGANU)
Anugerah Penjimatan Kos Terbaik  - ILHAMKU (TERENGGANU) 


DUNGUN 19 Sept. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu Kampus Dungun yang diwakili lima kumpulan merangkul tiga anugerah utama pada Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UiTM Zon Timur di UiTM Kelantan, baru-baru ini.
Universiti itu antara lain muncul pemenang Anugerah Inovasi Terbaik Penjimatan Kos apabila kumpulan Unit Infotech berjaya menghasilkan inovasi dalam proses kerja yang menjimatkan kos sehingga RM50,000.
Kumpulan yang diwakili Perpustakaan UiTM Terengganu pula membawa pulang Anugerah Inovasi Terbaik Teknikal dengan mencipta alat yang membantu kerja-kerja penyeragaman pelabelan buku di perpustakaan.
Di samping itu, kumpulan ketiga yang diwakili Bahagian Hal Ehwal Akademik dianugerahkan Inovasi Terbaik Proses melalui usaha membangunkan laman web khas untuk pelajar melakukan pengesahan tamat pengajian secara online yang diberi nama Sistem i-Clearance.
Timbalan Rektor (PJI & Alumni), Prof. Madya Dr. Mazidah Puteh dalam kenyataan di sini hari ini mengucapkan tahniah dan merakamkan penghargaan kepada para peserta KIK yang berjaya membanggakan institusi itu.





Tuesday, September 11, 2012

Konvensyen KIK UiTM Johor 2012


20120910-kik-ak-johankik-uitm_selatan


Tahniah kepada Kumpulan Inovatif Kreatif  (KIK) AKAR dari Perpustakaan Tun Dr Ismail (PTDI) UiTM Segamat Johor kerana telah berjaya menjadi Johan Konvensyen KIK UiTM Johor serta memenagi Anugerah Kategori Teknikal pada 10 September 2012 yang lalu.


http://library.uitm.edu.my/inovasi/index.php?option=com_content&view=article&id=89:kumpulan-kik-akar-perpustakaan-tun-dr-ismail-cermerlang-kik-dan-iid&catid=38:eventPublish

Tuesday, August 14, 2012

Keputusan Mini Konvensyen KIK Peringkat UiTM Cawangan Kelantan 2012



MACHANG 14 Ogos - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan mahu membudayakan amalan inovasi dan kreativiti dalam kalangan warga kerjanya di pelbagai peringkat agar mereka dapat bersama menyumbang idea ke arah kecemerlangan universiti.
Rektornya, Prof. Madya Dr. Mohd. Shukri Omar berkata, sesebuah organisasi itu akan berdepan pelbagai masalah malah, semakin mundur ke belakang jika warga kerjanya tidak peka serta bergerak seiring dengan perkembangan di sekeliling mereka.

"Amalan inovasi dan kreativiti dapat meningkatkan produktiviti kerja di sesebuah organisasi sekali gus membolehkannya mengorak langkah lebih jauh manakala idea kreatif yang dicetuskan pula harus menjurus kepada tiga aspek iaitu penjimatan masa, kos dan guna tenaga," katanya.
Beliau berucap pada majlis penutup Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat UiTM Cawangan Kelantan 2012 yang berlangsung selama sehari di Dewan Profesional, kampus universiti itu, di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik) UiTM Cawangan Kelantan, Prof. Madya Zulkarnain Yusoff dan Koordinator Unit Pengurusan Kualiti UiTM Cawangan Kelantan, Dr. Zulkifli Mohamed.

Sebanyak tujuh kumpulan menyertai Mini Konvensyen KIK tersebut dan enam kumpulan terbaik akan mewakili UiTM Cawangan Kelantan untuk bertanding di Mini Konvensyen KIK UiTM Zon Timur yang bakal berlangsung di sini pada 12 dan 13 September ini.

Dr. Mohd. Shukri berkata, negara seperti Korea dan Taiwan kini dilihat semakin mengatasi negara-negara Barat dalam penciptaan produk inovasi yang moden serta berkualiti tinggi hasil usaha rakyatnya yang bekerja dengan tekun berpaksikan kreativiti dan inovasi.

"UiTM Cawangan Kelantan kini mempunyai 800 kakitangan dan 9,000 pelajar. Saya percaya dengan kekuatan sumber yang ada, kita mampu mengetengahkan banyak idea baru yang dapat mendatangkan keuntungan kepada organisasi serta negara," katanya.

Beliau berkata, idea kreatif dan inovatif untuk menyelesaikan masalah dalam organisasi tidak semestinya dicetuskan oleh pihak pengurusan tertinggi atau golongan profesional yang berpengalaman sahaja seperti ahli fizik, jurutera atau arkitek.

"Semua warga universiti ini mempunyai ruang dan peluang yang sama untuk mengutarakan idea demi kebaikan organisasi. Kakitangan yang menjawat jawatan lebih rendah tidak bermakna mereka tidak mampu menghasilkan idea membina dan kreatif," katanya.

Mohd. Shukri berkata, beliau bangga dengan usaha berterusan yang ditunjukkan kakitangan UiTM Cawangan Kelantan dalam memikirkan idea kreatif dan inovatif yang dapat membawa penambahbaikan kepada universiti.
http://www.kelantan.uitm.edu.my/kik2012/
Pada 1 Ogos 2012 yang lalu UiTM Cawangan Kelantan telah mengajurkan Mini Konvensyen KIK Peringkat UiTM Cawangan Kelantan bertempat di Dewan Profesional, UiTM Kelantan.Keputusan Pertandingan adalah seperti berikut:

JOHAN: KREAVASI

NAIB JOHAN: PARADIGMA (

Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Kelantan)
KE TIGA: FASTMAX

KATEGORI TEKNIKAL: FASTMAX
KATEGORI DOKUMENTASI : PARADIGMA
KATEGORI ICT: KREAVASI
KATEGORI PnP: TUAH
KATEGORI PENJIMATAN KOS: EUREKA
KATEGORI PROSES: I-SAF
KATEGORI KUMPULAN BERPOTENSI: NIBIRU



Wednesday, August 1, 2012

CALENDAR OF ICC CONVENTIONS 2012

MPC organizes the ICC Conventions annually in order to promote and sustain ICC activities. These conventions provide a platform for the industries to learn best practices of other circles as well as to exchange ideas and knowledge on ICC activities.

There are 3 levels of ICC Conventions organized by MPC, namely Mini ICC Conventions, Regional ICC Conventions and National ICC Convention. These Conventions, except for National ICC Convention, are held at all regions such as Northern, Central, Southern, East Coast, Sabah and Sarawak. Circle, which won the Gold Award at Regional Convention, will be invited for National ICC Convention.
A panel of ICC assessors will assess projects presented during the Conventions. Below is ICC Conventions Calendar for year 2012.

CALENDAR OF ICC CONVENTIONS 2012  
Mini ICC Conventions
Date
Region / Venue
Program Manager
e-mail
10 April
Wilayah Sabah
Md Zainuri Juri
24 April
W.Selatan
Johor Bahru
Eamizan Hasim
8 May
Dewan Produktiviti MPC Pulau Pinang
Kasturi Devi Appanna
8 May

Hotel Grand River View, Kota Bharu, Kelantan
Mahadi Hasbullah
Regional ICC Conventions 
Date
Region / Venue
Program Manager
e-mail
26-27 June
Shah Alam Convention Centre (SACC), Selangor
    Wilayah Tengah
Mohd Hosni Mamat

4 – 5 July
Bukit Gambang Resort , Kuantan
     Wilayah Pantai Timur
Azhani Ismail
18 – 19 July
Equatorial Hotel, Penang
     Wilayah Utara
Muhd Adha Abd Hamid
11 – 12 July
 Pullman Hotel, Kuching
    Wilayah Sarawak & Sabah
Mohamad Norjayadi Tamam
17 – 18 July
 Renaissance Hotel, Melaka
     Wilayah Selatan
Zul Ezwan Muhamad
National ICC Convention
Date
Venue
Program Manager
e-mail

14 - 17 October

Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Nor Robaayah Mohd Noor
Siti Zurianah Othman
Mohd Hosni Mamat
Nur Syahrina Muhd Nor

* All information is subject to change without prior notice.
via:

Mini Konvensyen KIK Peringkat UiTM Cawangan Kelantan 2012


20120801minikik_kelantan

Sukacita dimaklumkan bahawa  UiTM Cawangan Kelantan akan menganjurkan Mini Konvensyen KIK Peringkat UiTM Cawangan Kelantan 2012 .
Tarikh  : 1 Ogos 2012 (Rabu)
Masa : 8 am hingga 5 pm
Tempat : Dewan Profesional UiTM Cawangan Kelantan
Penglibatan : 8 Kumpulan yang mewakili setiap jabatan/fakulti/bahagian/unit

Dijemput semua warga UiTM Cawangan Kelantan (staf dan pelajar)  untuk sama-sama memeriahkan Mini Konvensyen KIK Peringkat UiTM Cawangan Kelantan 2012

Monday, July 25, 2011

Mini Konvensyen KIK Zon Tengah UiTM 2011

Tarikh: 26 Julai 2011 (Selasa)
Masa  : 8.00 pagi (Pendaftaran)
          : 4.00 petang ( Penyampaian hadiah)
Tempat: Dewan Annexe, UiTM
Tema  : Ke arah Pengurusan Wajar melalui Inovasi



Mini Konvesyen KIK 2011 dianjurkan oleh Pejabat Bendahari  

Pejabat Bendahari Universiti merupakan nadi utama dalam pengurusan kewangan bagi keseluruhan sistem Universiti sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta  Institut Teknologi MARA 1973 dan ia diuruskan secara berpusat. Perkembangan Pejabat Bendahari adalah selari dengan perkembangan Universiti bermula sejak penubuhan Dewan Latehan RIDA pada tahun 1956 sehinggalah diiktiraf menjadi sebuah universiti pada 26 Ogos 1999 iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Kini, perkhidmatan Pejabat Bendahari terdapat di semua fakulti dan bahagian di Shah Alam serta 26 buah kampus melalui unit kewangan zon dan pejabat bendahari cawangan masing-masing. Dengan hal ini ia dapat memastikan sumber kewangan diurus tadbir dengan sebaik mungkin melalui struktur dan proses yang kemas dan berkesan dalam mendokong hasrat UiTM untuk menjadi universiti yang unggul.



Thursday, March 3, 2011

Keputusan Konvensyen KIK IPTA kali ke 7 yang diadakan di Universiti Putra Malaysia












































Alhamdullilah Konvensyen KIK IPTA kali ke 7 yang diadakan di Universiti Putra Malaysia telah berakhir dengan jayanya. Tahniah diucapkan  kepada Kumpulan KIK UiTM yang telah merangkul beberapa gelaran di Konvensyen kali ini iaitu:


REACH (UiTM PAHANG) - Naib Johan Kategori Pengurusan

 
Z'MAX (UiTM-Pusat Kesihatan) - Naib Johan Kategori Teknikal
 
TITANIUM (PTAR-UiTM Shah Alam) - Inovasi Harapan
 
 
 
 
 
 
 
Berikut adalah keputusan penuh pada Konvensyen tersebut :-



Johan Keseluruhan - SINARAN (UKM)
Fasilitator Terbaik - SINARAN (UKM)
Inovasi Harapan - TITANIUM (PTAR-UiTM)




Kategori Pengurusan
Johan - UPM
Naib Johan - REACH (UiTM PAHANG)
Ketiga -
Inovasi Terbaik - MESMERIZE (UPSI)
Persembahan Terbaik - HCD SOLUTION (UTM)


Kategori Teknikal
Johan - SINARAN (UKM)
Naib Johan - Z'MAX (UiTM-Pusat Kesihatan)
Ketiga - APQ TEAM (UTM)
Inovasi Terbaik - V-CARE (UPM)
Persembahan Terbaik - REHAB CHARGER (USM)


Tahniah dan syabas kepada semua kumpulan yang berjaya.

Pencapaian tahun 2010 http://kik.uitm.edu.my/pencapaian-kik-uitm/2010.html
pencapaian tahun 2009 http://kik.uitm.edu.my/pencapaian-kik-uitm/2009.html

Sumber dari laman web KIK UiTM
http://kik.uitm.edu.my/ 
http://kik.uitm.edu.my/component/content/article/1-latest-news/75-keputusan-konvensyen-kik-ipta-kali-ke-7-yang-diadakan-di-universiti-putra-malaysia.html