Tuesday, August 14, 2012

Keputusan Mini Konvensyen KIK Peringkat UiTM Cawangan Kelantan 2012



MACHANG 14 Ogos - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan mahu membudayakan amalan inovasi dan kreativiti dalam kalangan warga kerjanya di pelbagai peringkat agar mereka dapat bersama menyumbang idea ke arah kecemerlangan universiti.
Rektornya, Prof. Madya Dr. Mohd. Shukri Omar berkata, sesebuah organisasi itu akan berdepan pelbagai masalah malah, semakin mundur ke belakang jika warga kerjanya tidak peka serta bergerak seiring dengan perkembangan di sekeliling mereka.

"Amalan inovasi dan kreativiti dapat meningkatkan produktiviti kerja di sesebuah organisasi sekali gus membolehkannya mengorak langkah lebih jauh manakala idea kreatif yang dicetuskan pula harus menjurus kepada tiga aspek iaitu penjimatan masa, kos dan guna tenaga," katanya.
Beliau berucap pada majlis penutup Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat UiTM Cawangan Kelantan 2012 yang berlangsung selama sehari di Dewan Profesional, kampus universiti itu, di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik) UiTM Cawangan Kelantan, Prof. Madya Zulkarnain Yusoff dan Koordinator Unit Pengurusan Kualiti UiTM Cawangan Kelantan, Dr. Zulkifli Mohamed.

Sebanyak tujuh kumpulan menyertai Mini Konvensyen KIK tersebut dan enam kumpulan terbaik akan mewakili UiTM Cawangan Kelantan untuk bertanding di Mini Konvensyen KIK UiTM Zon Timur yang bakal berlangsung di sini pada 12 dan 13 September ini.

Dr. Mohd. Shukri berkata, negara seperti Korea dan Taiwan kini dilihat semakin mengatasi negara-negara Barat dalam penciptaan produk inovasi yang moden serta berkualiti tinggi hasil usaha rakyatnya yang bekerja dengan tekun berpaksikan kreativiti dan inovasi.

"UiTM Cawangan Kelantan kini mempunyai 800 kakitangan dan 9,000 pelajar. Saya percaya dengan kekuatan sumber yang ada, kita mampu mengetengahkan banyak idea baru yang dapat mendatangkan keuntungan kepada organisasi serta negara," katanya.

Beliau berkata, idea kreatif dan inovatif untuk menyelesaikan masalah dalam organisasi tidak semestinya dicetuskan oleh pihak pengurusan tertinggi atau golongan profesional yang berpengalaman sahaja seperti ahli fizik, jurutera atau arkitek.

"Semua warga universiti ini mempunyai ruang dan peluang yang sama untuk mengutarakan idea demi kebaikan organisasi. Kakitangan yang menjawat jawatan lebih rendah tidak bermakna mereka tidak mampu menghasilkan idea membina dan kreatif," katanya.

Mohd. Shukri berkata, beliau bangga dengan usaha berterusan yang ditunjukkan kakitangan UiTM Cawangan Kelantan dalam memikirkan idea kreatif dan inovatif yang dapat membawa penambahbaikan kepada universiti.
http://www.kelantan.uitm.edu.my/kik2012/
Pada 1 Ogos 2012 yang lalu UiTM Cawangan Kelantan telah mengajurkan Mini Konvensyen KIK Peringkat UiTM Cawangan Kelantan bertempat di Dewan Profesional, UiTM Kelantan.Keputusan Pertandingan adalah seperti berikut:

JOHAN: KREAVASI

NAIB JOHAN: PARADIGMA (

Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Kelantan)
KE TIGA: FASTMAX

KATEGORI TEKNIKAL: FASTMAX
KATEGORI DOKUMENTASI : PARADIGMA
KATEGORI ICT: KREAVASI
KATEGORI PnP: TUAH
KATEGORI PENJIMATAN KOS: EUREKA
KATEGORI PROSES: I-SAF
KATEGORI KUMPULAN BERPOTENSI: NIBIRU



No comments:

Post a Comment