Monday, April 7, 2014
KONVENSYEN Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kali ke-10
KONVENSYEN Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kali ke-10 akan dilaksanakan buat julung kalinya di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 8 hingga 10 April 2014 ini.
Susulan dari itu, satu mesyuarat Jawatankuasa Induk Konvensyen KIK Peringkat IPTA Bil.1 2013/2014 yang dihadiri oleh wakil-wakil IPTA telah diadakan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Kualiti UNIMAS, Prof Madya Dr Mohd Ibrahim Safawi Mohd Zain pada 8 November 2013 yang lalu bertempat di Hotel Riverside Majestic, Kuching.
Prof Madya Dr Mohd Ibrahim Safawi ketika mengalu-alukan wakil-wakil IPTA dalam mesyuarat berkenaan, turut mengucapkan terima kasih kepada semua IPTA yang memberi kepercayaan kepada UNIMAS untuk menganjurkan Konvensyen KIK kali ke-10.
“Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) kerana telah menjadi penganjur kepada Konvenyen KIK Ke-9 yang lalu dengan beberapa penambahbaikan. Kepada pemenang-pemenang sebelum ini, tingkatkan prestasi dan cuba kekalkan kejuaraan. Bagi yang belum menang, mungkin rezeki kumpulan IPTA anda di Bumi Kenyalang."
“Kita mengharapkan penyertaan penuh daripada 20 IPTA di Malaysia. Kita akan bersama-sama menjayakan Konvensyen kali ini dan UNIMAS akan cuba melakukan usaha terbaik agar semua IPTA berpuas hati dan selesa,” katanya. Orang awam, badan berkanun dan organisasi selain IPTA yang berminat sebagai pemerhati adalah dialu-alukan mendaftar dengan sedikit bayaran yuran. Inilah masanya kita melihat kelainan yang dipersembahkan oleh kumpulan Institusi Pengajian Tinggi Awam yang julung kalinya bertandang di Bumi Kenyalang dengan mempersembahkan projek masing-masing."
Prof Madya Dr Mohd Ibrahim Safawi berkata, dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk yang lalu telah bersetuju untuk setiap IPTA boleh menghantar maksimum 4 kumpulan iaitu 2 daripada kategori Pengurusan dan 2 lagi daripada kategori Teknikal. Sebarang urusan penyertaan kali ini hendaklah menerusi sistem atas talian. Ini merupakan satu inisiatif daripada pihak penganjur yang mengamalkan konsep ‘paperless’ sebagai salah satu agenda dalam UNIMAS Strategy 2015.
Kumpulan Inovatif dan Kreatif adalah salah satu pendekatan kualiti yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah di tempat kerja. Ianya adalah gabungan beberapa orang staf yang menilai sesuatu permasalahan secara sistematik dengan menggunakan alat-alat KIK sedia ada. Pemilihan UNIMAS sebagai tuan rumah penganjuran KIK IPTA kali ke-10 adalah hasil daripada mesyuarat Pendaftar IPTA.
Sebarang pertanyaan atau maklumbalas berkenaan dengan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) boleh berhubung dengan pihak Urus Setia, Pusat Perancangan Strategik & Pengurusan Kualiti UNIMAS di talian 082-581901/1218 atau melayari laman sesawang http://www.unimas.my/kik
Friday, November 1, 2013
Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UiTM Kali Ke-18
Selaras dengan usaha kerajaan, UiTM sentiasa memberi perhatian terhadap usaha-usaha memperkenalkan inovasi dan membuat penambahbaikan terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan.
Sesuai dengan keperluan semasa dan perubahan di
dalam dan luar negara, kerajaan telah mengkaji semula peranan dan kaedah
yang digunakan oleh Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) dalam
penyelesaian masalah organisasi. Ia bertujuan untuk menggalakkan budaya
inovatif dan kreatif serta memberi peluang kepada anggota Perkhidmatan
Awam untuk menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri.
Justeru, KMK telah ditukar nama kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif
(KIK).
Penganjuran Konvensyen KIK UiTM menjadi acara
tahunan universiti. Pada tahun ini, UiTM (Perak) buat julung kalinya
telah dipilih menjadi tuan rumah bagi Konvensyen Kumpulan Inovatif dan
Kreatif kali ke -18..
Tarikh : 2 hingga 5 Disember 2013 (Isnin hingga Khamis)
Tarikh : 2 hingga 5 Disember 2013 (Isnin hingga Khamis)
Tempat: Dewan Seri Iskandar, UiTM (Perak) , Dewan Al - Khawarizmi, UiTM (Perak)
Unit Pengurusan Kualiti
Universiti Teknologi MARA (Perak)
32610 Bandar Baru Seri Iskandar, Perak
Email : kikuitm18prk@perak.uitm.edu.my
Phone : +605 - 374 2668 / 2665 (Office)
Fax : +605 - 374 2451
http://inqka.uitm.edu.my/v1/images/stories/KIK/2013/laporan_penganjuran_kik_uitm_ke18_translatednew.pdf
Wednesday, October 30, 2013
MINI KONVENSYEN KIK PERINGKAT ZON TENGAH & ZON SELATAN UiTM 2013
Mini Konvensyen KIK Peringkat Zon Tengah & Zon Selatan Universiti Teknologi MARA 2013 anjuran Pejabat Pengurusan Fasiliti akan diadakan pada:
Tarikh : 31 Oktober 2013 - 1 November 2013 (Khamis & Jumaat)
Tempat: Anjung Budiman, UiTM Shah Alam
1. Borang Penyertaan & Abstrak Projek :
Pengesahan penyertaan KUMPULAN KIK JABATAN hendaklah dikemukakan dibuat pada atau sebelum 04 Oktober 2013 (Jumaat). Penyertaan kumpulan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Penyertaan Konvensyen KIK beserta dengan pengesahan Ketua Jabatan. Hantar bersama abstrak Projek.
2. Dokumen Projek Kumpulan
Penghantaran dokumen projek iaitu dalam bentuk buku sebanyak empat salinan (04) hendaklah di buat pada 25 Oktober 2013 (Jumaat).
Jawatankuasa Pertandingan Dan Penghakiman
Mini Konvensyen KIK Peringkat Zon Tengah UiTM
Pejabat Pengurusan Fasiliti
Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor
(u.p :Sr. Mohd Hanafi Moghni , Puan Norazizah Abdullah)
Tel : 03 5544 2115 , 03 5544 3419
Emel : hanafi564@salam.uitm.edu.my , norazizah680@salam.uitm.edu.my
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi :-
Urusetia Pertandingan : Pn Norazizah Abdullah : ext:3419
https://www.facebook.com/kik.uitm
https://plus.google.com/110924101425701310596
Monday, October 28, 2013
Team ADAM representing UiTM to International ICQCC 2013 KIK Convention Taipei, Taiwan
What – International ICQCC 2013 KIK Convention
Where –Taipei International Convention Center TICC ,Taiwan
Who – Team ADAM from UiTM (Perlis) - representing UiTM and Malaysia
When – 21 to 25 October 2013
Why – Team ADAM was one of the winners of MPC 2012 KIK Convention
How – Team ADAM was awarded one of the 10 best teams in the MPC 2012 KIK Convention; qualifying them to the International ICQCC 2013 KIK Convention,Taiwan
Result: Team ADAM won the Excellence Award , the highest accolade in the 2013 ICQCC Convention
Tuesday, October 2, 2012
Mini Konvensyen KIK UiTM Peringkat Zon Tengah 2012
Dimaklumkan bahawa Mini Konvensyen KIK UiTM 2012 akan diadakan pada 3 dan 4 Oktober 2012 di Auditorium 1 dan 2 iLQAM, UiTM Shah Alam.
Pada 2 Oktober 2012 pula akan diadakan undian giliran kumpulan-kumpulan KIK yang bertanding dan latihan untuk kumpulan-kumpulan berkenaan.
Kepada semua Penyelaras, Fasilitator, Ketua, Ahli Kumpulan KIK dan semua Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Mini Konvensyen KIK, tuan/puan dijemput hadir pada 2 Oktober 2012 di Auditorium iLQAM bermula jam 2.00 petang untuk taklimat Konvensyen dan Undian Giliran Kumpulan.
Seterusnya tuan/puan semua dijemput hadir ke program Mini Konvensyen KIK UiTM Peringkat Zon Tengah 2012 pada 3 dan 4 Oktober 2012 di tempat yang sama. Kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Pengelola, sila maklumkan kepada semua ahli tuan/puan supaya hadir pada 3 dan 4 Oktober 2012 untuk program berkenaan.
Aturcara Mini Konvensyen KIK UiTM, Peringkat Zon Tengah 2012
Hari Pertama : 3 Oktober 2012 (Rabu)Tempat : Auditorium iLQAM, UiTM Shah Alam
Masa
|
Program
| |
7.30 pagi
8.30 pagi
8.45 pagi
9.00 pagi
10.00 pagi
10.30 pagi
11.00 pagi
11.30 pagi
12.00 tengahari
12.30 tengahari
2.00 petang
2.30 petang
3.00 petang
3.30 petang
4.00 petang
4.30 petang
|
Pendaftaran peserta dan pemerhati
Sarapan Pagi
Ketibaan tetamu Jemputan/Ketua-ketua Bahagian
Ketibaan YBhg. Pendaftar UiTM
Nyanyian Lagu Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM
Bacaan Doa
Ucapan Alu-aluan
oleh YBhg. Dato’ Timbalan Naib Canselor (HEP)
Ucapan Perasmian Mini Konvensyen KIK UiTM
Peringkat Zon Tengah tahun 2012
oleh YBhg. Pendaftar UiTM
Persembahan oleh Bahagian HEP
YBhg. Pendaftar, VIP dan Jemputan
meninggalkan Dewan
Pembentangan Projek Kumpulan 1
Pembentangan Projek Kumpulan 2
Pembentangan Projek Kumpulan 3
Pembentangan Projek Kumpulan 4
Acara Selingan (Kuiz/Cabutan Bertuah)
Makan Tengahari/Rehat/Solat
Pembentangan Projek Kumpulan 5
Pembentangan Projek Kumpulan 6
Pembentangan Projek Kumpulan 7
Pembentangan Projek Kumpulan 8
Pembentangan Projek Kumpulan 9
Minum Petang/Rehat
|
Masa
|
Program
| |
7:30 pagi
8:30 pagi
9:00 pagi
9:30 pagi
10:00 pagi
10.30 pagi
11:00 pagi
11.30 pagi
11.45 pagi
12.00 tengahari
12.30 tengahari
1.00 petang
|
Pendaftaran peserta dan pemerhati
Sarapan Pagi
Pembentangan Projek Kumpulan 10
Pembentangan Projek Kumpulan 11
Pembentangan Projek Kumpulan 12
Pembentangan Projek Kumpulan 13
Acara Selingan (Kuiz/Cabutan Bertuah)
Ketibaan Tetamu Jemputan/Timbalan Dekan HEP
Ketibaan YBhg. Dato’ Timbalan Naib Canselor (HEP)
Ulasan oleh Panel Penilai
Ucapan Penangguhan
oleh YBhg. Dato’ Timbalan Naib Canselor (HEP)
Penyampaian Sijil Penyertaan
Penyampaian Anugerah dan Cenderamata
Penyampaian Watikah Penganjuran Mini Konvensyen KIK
UiTM Peringkat Zon Tengah Tahun 2013
Makan Tengahari/Bersurai
|
Wednesday, September 26, 2012
Mini Konvensyen KIK Zon Utara 2012
MINI KONVENSYEN KIK ZON UTARA 2012 telah dijalankan pada 24-15 Sept 2012 di UiTM (Perak)
Alhamdulillah & Tahniah diucapkan kepada Kumpulan KIK yang berjaya,Berikut adalah keputusan penuh di MINI KONVENSYEN KIK ZON UTARA 2012 :-
Johan Keseluruhan: Kumpulan Bestari (dari UiTM Perak)
Johan: Kumpulan Bestari (dari UiTM Perak)
Kedua: Kumpulan ADAM (dari UiTM Perlis)
Ketiga: Kumpulan Kreavitec (UiTM Perak)
Johan: Kumpulan Bestari (dari UiTM Perak)
Kedua: Kumpulan ADAM (dari UiTM Perlis)
Ketiga: Kumpulan Kreavitec (UiTM Perak)
Anugerah Inovasi ICT - BESTARI (PERAK)
Anugerah Inovasi Proses - OMEGA (KEDAH)
Anugerah Inovasi Teknikal - COPS (PERAK)
Anugerah Inovasi Kaedah Pengajaran & Pembelajaran - Tiada Pemenang
Anugerah Pembentangan Terbaik - IGNITE (PERAK)
Anugerah Persembahan Terbaik - KREAVITAC (PERAK)
Anugerah Booth Terbaik - (PENANG)
Anugerah Inovasi Proses - OMEGA (KEDAH)
Anugerah Inovasi Teknikal - COPS (PERAK)
Anugerah Inovasi Kaedah Pengajaran & Pembelajaran - Tiada Pemenang
Anugerah Pembentangan Terbaik - IGNITE (PERAK)
Anugerah Persembahan Terbaik - KREAVITAC (PERAK)
Anugerah Booth Terbaik - (PENANG)
Thursday, September 20, 2012
Perpustakaan UiTM telah merangkul dua anugerah di Konvensyen KIK Perpustakaan SeMalaysia kali ke-4, 2012
Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perpustakaan UiTM telah merangkul dua anugerah di Konvensyen KIK Perpustakaan SeMalaysia kali ke-4, 2012 yang berlangsung di Hotel Permai, Kuala Terengganu, dari 18 hingga 19 September 2012. Penyertaan ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu pengurusan dan teknikal. Projek yang dipersembahkan dapat memberi bantuan kepada perpustakaan dalam membantu dan menaiktarafkan perkhidmatan perpustakaan.
Anugerah Pertama bagi Katergori Pengurusan telah dimenangi oleh KIK Titanium dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR),Shah Alam dengan membawa pulang Piala dan wang berjumlah RM 3,000 Sementara KIK Paradigma dari Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Kelantan telah merangkul anugerah Penyampai Terbaik.
Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Tanah dan Galian Terengganu iaitu Dato’ Tuan Mamat b. Tuan Ngah. Lebih kurang 17 perpustakaan yang telah mengambil bahagian dalam program ini antaranya Titanium, Paradigma, Spektrum, C-FAR, KL LIB, R.E.A.D, WAVE ICQ, Tuah, Vitalize, X-Tra Ordinary, 5K, Intelek 2.0, Q-LIB, Smart Layer, Bibliotera, Elite 10 dan Lentera.
Sementara majlis penutup pula berlangsung pada 19 September (Rabu) jam 8.15 malam dengan ucapan penutup oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Terengganu(Pengurusan) merangkap Timbalan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, Dato’ Haji Wan Ahmad Muda.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Naib Yang DiPertua II Persatuan Pustakawan Malaysia, Maimunah Abd. Kadir dan diakhiri dengan acara makan malam sebelum melabuh tirai oleh persembahan lagu-lagu Tradisional Terengganu.
Senarai penerima Anugerah adalah seperti berikut:
KATEGORI PENGURUSAN :
Pertama Kumpulan Titanium dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR),Shah Alam
Kedua Kumpulan 5K dari Perpustakaan Sultan Zanariah UiTM, Skudai
Ketiga Kumpulan Vitalize dari Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia
KATEGORI TEKNIKAL:
Pertama Kumpulan Smart Layer dari Perbandanan Perpustakaan Awam Terengganu
Kedua Kumpulan Tuah dari Perbandanan Perpustakaan Awam Perak
Ketiga Kumpulan C-FAR dari Perpustakaan Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia
KATEGORI KHAS :
MOST CREATIVE TEAM Kumpulan Intelek 2.0 dari Perpustakaan Majlis Perbandaran Subang Jaya
PENYAMAPAI TERBAIK Kumpulan Paradigma dari Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Kelantan
http://library.uitm.edu.my/inovasi/index.php?option=com_content&view=article&id=90:perpustakaan-uitm-telah-merangkul-dua-anugerah-di-konvensyen-kik-perpustakaan-semalaysia-kali-ke-4-2012&catid=38:event
http://perpustakaanuitm.blogspot.com/2012/09/konvensyen-kik-perpustakaan-semalaysia.html
Subscribe to:
Posts (Atom)






