Showing posts with label Konvensyen KIK Zon Tengah. Show all posts
Showing posts with label Konvensyen KIK Zon Tengah. Show all posts

Friday, September 2, 2016

PEMAKLUMAN AWAL KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2016


InQKA selaku jabatan yang menguruskan hal ehwal Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UiTM dengan ini memaklumkan tarikh dan tempat penganjuran 
Konvensyen KIK Peringkat Zon dan Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2016 seperti yang tertera.



Untuk makluman, InQKA menjadi tuan rumah bagi Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2016 yang akan diadakan di Institut Kepimpinan & Pembangunan (ILD), Bandar Estek pada 28 – 30 November 2016.

Berikut merupakan garispanduan bagi penyertaan:

1. Setiap kumpulan yang ingin menyertai konvensyen perlu mendaftarkan kumpulan di portalkik.uitm.edu.my sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum tarikh konvensyen diadakan.

2. Dokumen perlu dimuatnaik di portalkik.uitm.edu.my dua (2) minggu sebelum tarikh konvensyen diadakan.

3. Bagi Konvensyen KIK peringkat UiTM 2016, hanya enam (6) orang ahli dan seorang fasilitator dijemput untuk mewakili kumpulan sewaktu pertandingan dijalankan.

Semoga konvensyen KIK yang dianjurkan dapat membudayakan inovasi di UiTM selari dengan tema penganjuran konvensyen 'Inovasi Pemangkin Kecemerlangan'.

Sekian, dimaklumkan.


Yang benar,

Dr. Aida Firdaus Muhammad Nurul Azmi
Ketua Inovasi & Kreativiti


https://www.facebook.com/kikuitm
https://plus.google.com/+KikUitm/posts
https://www.flickr.com/photos/kikuitm/
http://instagram.com/kikuitm
http://kikuitm.blogspot.com
https://twitter.com/kikuitm/ 

 

Sunday, September 28, 2014

ROADSHOW sepanjang program Konvensyen KIK Zon Tengah



Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Teknologi Maklumat akan menganjurkan Konvensyen KIK Zon Tengah pada 29 & 30 September bertempat di Anjung Sri Budiman ( Dewan Annex )

Semua warga UiTM Shah Alam dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut, Terdapat acara menarik yang menanti anda sepanjang program berlangsung.

INTEL juga akan mengadakan ROADSHOW sepanjang program KIK tersebut. Pelbagai promosi menarik dari INTEL dapat diperolehi dari pameran tersebut.





Follow us